Halaman

Sabtu, 16 Jun 2012

Viagra "semulajadi"

 Salam semua...

ehemm..ehemm....sakit tekak pulak rasanya....yer lah...dah 3 hari jerebu melanda malaysia , khasnya Lembah Klang. Tadi aku baru balik dari  Jaya Jusco Bukit Tinggi , Klang. Ramai jugak orang bawak famili berjalan-jalan. Tetapi cuaca yang agak berbahang di luar menyebabkan orang semakin ramai kat Jaya Jusco nie. Yer lah...tempat "air-cond"..sejuk....

Mesti semua tertunggu-tunggu..apalah Mankuala nie...tajuk pasal viagra....cerita mukadimah pasal Jaya Jusco Bukit Tinggi. Hmmmm.....bukan apa, sambil tulis ...sambil cari idea nak tulis..., bukan apa ,asalnya aku bukan lah seoarang penulis yang baik...tapi aku percaya kalau selalu berlatih ..mesti bolehnyer...insyaallah

"Viagra" ..adalah suatu "phrase" yang sinonim dengan kekuatan seksual lelaki..Ahuk!ahuk!..batuk ler pulak...gatai tekak...jadi apa2 sahaja ubat atau herba yang bagus akan dikaitkan dengan perkataan "viagra". Boleh dikatakan yang perkataan "Viagra" ini dah masuk dalam kamus dewan bahasa dan pustaka sebagai bahasa malaysia.

Even tok aki-tok aki dikampung kalau sebut atau cerita pasal "viagra', mesti tersengih sampai ke telinga .Dan cuping telinganya panjang macam Plasticman..nak dengar cerita yang lebih lanjut....
heheee,,....cerita pasal tok aki konon...korangpun sama gak kan....


Aku nak cerita nie bukan pasal produk baru...atau nak promote produk MLM. Aku nak cerita pasal amalan makan "ULAM PEGAGA"....atau nama saintifiknya centella asiatica.
Korang kenal tak ulam pegaga nie? Pokok nie senang nak tumbuh dan membiak. Janji ada tanah dan air yang mencukupi. Pokok nie walaupun dah kering daunnya...(sekali tenguk dah mati ler pokok nie)..tapi kalau korang siram air balik...insyaallah...2 hari lepas tu akan tumbuh daun kecik-kecik yang baru.

Bagi sesiapa yang tak kenal pokok nie boleh view kat sini:

http://tanamanhidrokultur.blogspot.com/2009/07/nama-tempatan-pegaga-nama-saintifik.html


Apa yang nak aku ceritakan ini adalah dari pengalaman yang dapat dikongsi.Sebab kalau cerita tapi tak ader experiment tak guna jugak betul tak. Aku disahkan kena tekanan darah tinggi 4 tahun yang lalu.Masa tu aku heavy smoker. Tak suka bersenam (bersenam malam jumaat dikecualikan). Dan tak jaga makan. Asal makanan jer aku sapu. Bak kata orang tolak batu ngan kayu jer.

Berbalik pada cerita ulam pegaga nie. Antara khasiat ulam pegaga nie adalah , ia melancarkan pengedaran darah dan mengawal gula dalam darah (untuk pesakit diabetes). Selain itu banyak lagi khasiat-khasiatnya seperti awet muda , mengawal kegemukan badan dan menyejukkan badan. Korang boleh baca dalam website yang aku postkan kat atas tu.

Setelah aku disahkan mengidap tekanan darah tinggi dan doktor sarankan agar aku kena makan ubat supaya tiada implikasi-implikasi yang lebih teruk terjadi akibat faktor darah tinggi ini. Untuk pengetahuan korang banyak penyakit bermula dari penyakit darah tinggi. Dan bila korang kena penyakit ini maka terbuktilah yang struktur atau sistem badan korang ada yang terganggu.

Sepanjang aku menjalani perubatan secara moden, (makan ubat doktor-daily). aku juga mencari alternatif lain. Syukur alhamdullilah...aku jumpa ulam pegaga nie. Untuk pengetahuan korang..aku bukan lah penggemar sayuran apatah lagi ulam-ulam nie. Apahal nak makan ulam-ulam nie macam kambing..Mbeeekk...

Tapi itulah..setiap kejadian Allah ada  kegunaan untuk mahkluknya...tambahan lagi untuk kita Khalifah didunia ini.

Bila aku mengamalkan makan ulam pegaga nie pada permulaannya...tak ader apa-apa perubahan..aku makan dalam 4 hari sekali .Masa makan tengahari. Aku makan tak banyak dalam 5-6 helai jer.
tapi aku makan dengan akar-akarnya sekali tau....

Alkisahnya bila dah aku mengamalkan makan dalam lebih kurang sebulan lebih....terdapat perbezaan pada diri aku....bukan aku transform jadi 'kluang man"....tapi bila bangun pagi badan jadi segara a.k.a fresh. 
Yang "18 SX " pun fresh jugak. Ini bukan sesuatu yang lucah tapi apa yang aku mengalaminya.


Dah nak magrib nie...nak pi masjid. Nak kena mandi dulu....dengar citer ada ustaz Don Danial nak bagi ceramah kat masjid negeri malam nie.

Tak habis lagi ....nanti aku sambung next entry....Tungguuuu...rolll



mankuala:

"Hidup yang tanpa masalah ..bukan lah suatu kehidupan yang sempurna"- dari novel "Ditengah Kabus" karya Khadijah Hasyim

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan