Halaman

Selasa, 18 Jun 2013

Apa nak buat kalau perut anak kembung part II



Salam semua para ibubapa,

Sorry lah lambat update pasal the previous cerita.
Lately ni aku agak sibuk sikit. banyak kerja terbelengkalai , so mesti nak kena settlekan.
Lagi satu , aku menukis ni ikut mood. Kalau mood tak datang , idea menulis dah macam getah sekerap.Mengkal! tak boleh keluar ideanya.

Berbalik kepada cerita tadi , yang pertama macamana nak pakai daun sireh untuk kembung perut anak anda. Ini bukan aku ambik cerita atau petua dari majalah-majalah tabloid.
kat bawah nie sapa yang tak kenal daun sireh


daun sireh belakang rumah. Amat sesuai juga untuk menghilangkan gatal sesiapa yang terkena ulat bulu.


So para ibubapa daun sireh ni dulu aku beli kat kedai india. Diaorang memang selalu ada daun sieh nie.
Jadi daun sireh ni aku ambil dan layurkan sedikit kat api lilin. so selepas layurkan , dengan sepantas kilat , korang kena bubuh diatas perut bayi dan dengan secepat kilat juga pakaikan barut kat perut bayi tersebut bagi menutupi daun sireh tersebut.

Sebaik-baiknya gunakan 2 helai. Jangan lupa baca bismilah.

Dukung bayi tersebut sehingga dia lena atau tidak meraung lagi.
Kebiasaanya bayi akan terkentut-kentut. Tak payah tutup hidung , bayi tu kentut tak busuk pun.Minum susu jer. Apa lerrrr...

2) Macamana dakapan perut ayah dan bayi.

Petua nie wife aku dapat daripada member ofis dia yang berbangsa Tiongha.

Hmmm...semalam aku cuba praktikkan dengan anak sulong aku. dah besa dah dia dah darjah dua.
Aku cuba buat macamana masa dia bayi dulu. Hahaha..kelakau rasanya. Yerlah dah besar gedabak..pastu nak dukong ...nak lagakan perut antara kitaorang dan suruh my wife ambik gambar. Dua-dua orang tak berbaju. Berlenggeng ngan seluar jer..Malu plak pulak korang tenguk tubuh aku yang gagah perkasa nie. tambahan pulak Susah nak dakap dia macam masa bayi dulu.

Last-last kitaorang tak jadi nak postkan kat sini. So biar aku explain kat korang jew macamana nak buat.

Imagine seorang bapa yang mendukung anak lelaki/pompuan , so si bapa tak berbaju..tapi pakai seluar atau kain yer..bapa jangan berbogel plak..nampak si puan ibu jadi lain plak!. Bogelkan anak yang kembung perut tersebut. Rapatkan perut anak dengan bapa supaya bersentuhan. Sambil tu nyanyikan lagu Mohabatien , Sangam ataupun Hete Mare Sate (cerita yang anak dia kawan ngan gajah): just kidding...korang selawat atau baca ler al fatihah.

Si ibu ambil minyak telon or minyak angin , sapukan kat bawah pelipat kaki dan juga tapak kaki. Bukankah segala organ badan kita mempunyai saraf di tapak kaki.
Sebab seingat aku ketika masih kecik-kecik dulu , jiran aku , aku panggil 'wan'..bukan cik siti wan kembang yer..para ibubapa.
'Wan' nie panggilan orang pompuan yang dah berumur 70 tahun keatas. Kira-kiranya nenek or opah . tapin gelaran 'wan' nie kan ker nampak exslusive sikit.
wan nie bila budak kecik kembung perut suka urut-urut dan gosok-gosok telapak kaki budak tersebut.Pas tu budak tu pun kentut-kentut dan senyum-senyum...

So sekarang dari bahan pembacaan dan info dari FB( facebook) , menunjukkan organ-organ kita mempunyai saraf yang tertumpu di tapak kaki.

Si ibu berselang seli..urut di pelipat kaki. pelipat yang bawah tempurung lutut tu tau. Dan pas tu urut tapak kaki.

Encik suami a.k.a. ayah/daddy...teruskan mendakap perut si bayi.
 Secara saintifiknya /psikologinya..cissss..macam doktor pulak teman ni. Pressure dari tekanan tinggi akan pergi ke kawasan tekanan rendah. Jadi perut bayi yang penuh dengan angin , mempunyai pressure yang tinggi. Dan si perut ayah yang membulat bagai ibu mengandung 6 bulan berkeadaan bertekanan rendah ..pasal si ayah tak  sakit perutkan.

Jadi bila keadaan si ayah mendakap si bayi. Angin yeng beradad dalam perut bayi aka di 'transfer'kan ke perut ayah. Dan selepas 10-15 minit , si ayah akan terkentut-kentut dan sedawa.....


nanti korang cuba teknik ni. aku dah cuba dan berkesan...

mankuala: nanti aku nak cuba peluk belon dengan perut...angin boleh 'transfer' tak?...hehehehe





1 ulasan:

  1. terima kasih sudi berkongsi petua ni. amat berguna bagi ibu bapa baru macam saya

    BalasPadam