Halaman

Selasa, 3 Julai 2012

2 hari berniaga dapat 4 angka!!

Menyertai pesta Maha di Paroi , Negeri Sembilan





Salam,

Dah lama jugak tak update blog.
Pada hari sabtu dan ahad lepas aku pergi ke Paroi atas urusan belajar berniaga sambil cari duit.

Ini pengalaman aku yang pertama berniaga di 'booth'. Yang sememangnya aku yang berjiwa pemalu terasa macam tiada muka masa approach customer untuk beli produk Hayat Acaiberry. Hayat Acaiberry ini adalah makanan kesihatan untuk kecergasan , turunkan kolestrol , turunkan darah tinggi dan juga untuk kecerahan mata.

Tapi hari ni aku nak bercerita pengalaman aku berniaga di 'booth' selama 2 hari dan total sales aku mencapai 4 angka.
Sesuatu yang tak terjangka untuk seseorang yang malu untuk bercakap dikhalayak ramai , berat mulut dan seangkatan dengannya untuk menjadi seorang salesperson.

Tetapi berkat tunjuk ajar Tuan Haji Shah selaku seorang yang telah lama bergiat dalam bidang jualan di 'booth' ini , membolehkan aku mencapai sales yang tak terduga. Apa-apapun rezeki sales aku hari itu dari Allah. Tuan haji sebagai pendorong untuk aku berani untuk bercakap.

Sejujurnya aku sekadar mencuba sesuatu pengalaman yang baru.
Pengalaman yang tak pernah aku alami sepanjang hidup aku.

Selalunya aku selalu berjalan-jalan dan melihat-lihat di tapak booth.
Tapi hari itu aku menjadi peserta yang menjual produk.
Lazimnya teknik , taktik dan cara penyampaian adalah intipati atau formula yang berkesan dalam menyakinkan pembeli untuk membeli produk kita. Selain itu unsur2 humor perlu ada untuk menjadikan pembeli selesa dengan kita.

Satu ilmu yang baru bagi aku……
Tetapi pengalam yang menyeronokkan

Hari pertama ...aku masuk booth pukul 11.30 pagi dan balik 6.30ptg aku buat sales RM200.00

Hari kedua ..aku masuk pukul 11.00 pagi dan balik pukul 9.00 malam
Aku berjaya buat sales RM939.00

Jadi total sales aku RMRM1139.00 untuk 2 hari.
Kerana aku stokis yang berpangkat rendah jadi aku diberi komisen 30% drp total sales.

Aku akan cuba ikut sales tour ini sekadar yang termampu untuk menimba pengalaman dan mempelajari system yang digunakan.
Mana tahu disuatu hari nanti , jika diizinkan Allah aku mempunyai produk sendiri aku akan apply cara yang sama untuk jualan produk tersebut.

Di entri yang berikut aku akan menceritakan akan kebaikan produk acaiberry ini…


Mankuala : agak menyeronokkan melakukan sesuatu yang diluar bidang pekerjaan kita…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan