Halaman

Khamis, 8 Mac 2012

Ketika Sakaratul Maut menjemput

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

...(Embedded image moved to file: pic26821.jpg)yaitan dan Iblis akan
sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari
terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang
paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis
mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan
rombongan.


Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan
syaitan di waktu maut."


Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan
aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman
yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di
masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka
diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari
tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT
inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu
merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau,
Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam
sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun
meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah
nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan
mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan
Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam
sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi
minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu
berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat
dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung
yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada
binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka
matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya
itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.


Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci
oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka
orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk
melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah
maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan
nerakalah tempatnya


Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang
hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman,
sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan
minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil
makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh
Iblis, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan
bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan
menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi
bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."


Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi,
ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan
kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa
hidupnya.


Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang
membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah
kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu
sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh
bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa
penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula
Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu
untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu
bagaimana hakikat Allah?"


Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."


Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang
tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat
syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan
untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh
kepada kami."


Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan
dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam
kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang
sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah
Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.


Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan
dibuka kepadamu."


Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni
itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda
yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.


Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."


Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda
yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya,
mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai
makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi
sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."


Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut
nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal
di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia
ini.


Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab
menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa
umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja
yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.


Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam
dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul
maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir
meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya
dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.


Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu
(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha
Illallah."


^ Kembali ke atas ^








Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam


(Embedded image moved to file: pic26122.jpg)ikisahkan dalam sebuah
hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada
cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan
pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula
terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000
belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat
70,000 lembah dari api.


Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu
terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu
mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada
setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.


Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu
terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan
Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri,
lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan
muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan
dibelakang mereka.


Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka
bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: "Ya Tuhan kami
selamatkanlah."


Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan
didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000
kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan
berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh
Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:"Sedang penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."


Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan
setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau
dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur
lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan
70,000 ke dalam neraka Jahanam.


^ Kembali ke atas ^





Iblis Dengan Ahli Neraka


DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah
sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api,
dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu
dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: "Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas
mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka."


Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan
berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka
mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu
Iblis.
Kata Iblis: "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq,
sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar
bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan
menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka
Sa'ir."


Berkata Iblis lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan
meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia.
Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu
semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu.
Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah
dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak
mengumpat daripada aku yang mengumpat."


Berkata Iblis lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT
sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"


Akhirnya Iblis berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua
dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku.
Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan
kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru
sekalian Alam."


Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka
melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah
dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia
kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi
pengikutnya dalam neraka.


Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak
ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya."


Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis
itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu
janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita
bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti
maka segala-galanya tidak berguna lagi.


Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah.
Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang
amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam
itu sebagai saudaranya.


Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan
Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki
judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang
sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah
menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.


^ Kembali ke atas ^

(Embedded image moved to file: pic25547.jpg)
Dipetik Dari Buku: 2002 Misteri Siri 2 "Himpunan Kisah-kisah Jin, Iblis &
Syaitan".
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.
(Embedded image moved to file: pic21577.jpg)

3 ulasan:

  1. salam singgah..

    keep it up ur blog k?

    nice nama man kuala tu.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks...:)..dalam tempoh percubaan nie....

      Padam
  2. salam....
    dalam tempoh percubaan....
    banyak yang kena belajar lagi nie...

    BalasPadam