Halaman

Selasa, 19 Jun 2012

Sebab apa yang aku boleh berhenti hisap rokok.

Hmmm….rokok? Candu? keretek? pipe?...dan seangkatan dengannya…
Sesiapa yang pernah menghayatinya ….dan masih menghayatinya..memang terasa
nikmatnya. Kalau tengah tension-tension , layan rokok sekotak…sambil buat
bentuk "bulat-bulat" , bentuk "empatsegi-empat segi" , bentuk 'kapal' pun
boleh .

Sambil termenung tenguk langit malam-malam. Layan hembus asap rokok
perlahan-lahan.Sambil asap rokok hilang di bawa angin malam. Isk! isk! isk!
syadunya.....berharap masalah yang kita hadapi boleh hilang.
Dengan harapan idea akan keluar untuk menyelesaikan masalah yang kita
hadapi.


Cheesss…. ayat prosa klasik ler pulak…macam nak tulis novel……kui!kui!kui!

Kadang-kadang antara sebab yang aku tak boleh nak blah ngan rokok nie.
Selain rasa yang best kalau makan pedas-pedas ..lepas tu kena
rokok..perghhhh.....kiranya macam dessert ler.

Cerita aku hari nie , adalah macamana aku boleh berhenti rokok setelah
berkecimpung dalam arena "asap-mengasap" nie selama 17 tahun.
Cerita nie dari pengalaman aku sendiri.

4 tahun yang lalu..........

Aku ditugaskan oleh company aku untuk menjalankan satu tugasan di utara
tanah air. Aku pergi dengan member ofis aku .Dalam perjalanan hari tu dada
aku rasa macam tak best jer. Aku ingatkan mungkin aku terkena
'angin'..lepas makan cendawan malam tadi.

Masa berhenti kat perhentian Sg.Perak. Kitaorang turun dan makan nasi kat
situ. Aku beli sekotak rokok DUNHILL. Bila aku hisap sebatang … tapi rasa
macam tak best. Kemudian perjalanan diteruskan……

Sehingga sampai ke Hotel….

Selepas makan malam aku rasa macam pening-pening nak muntah. Dada aku
berdebar sangat laju. Macam rasa nak pitam .

Bila sampai kat bilik hotel ...aku muntah-muntah.Selang 5 minit muntah.
Kemudian seingat aku masa aku berbaring kat hotel…dada aku bergetar sangat
laju …sehingga terasa katil pun bergoyang sekali..

Semasa aku mengalami kesakitan tersebut aku terbayang akan anak dan isteri
aku dirumah. Andaikata aku 'pergi' malam tersebut…aku terpikir macamana
dosa-dosa aku dengan tuhan? Apa amalan yang aku bawa untuk berjumpa tuhan.
Aku tak sempat bertaubat!!...

Dalam pukul 12.30 malam , aku ajak member aku pergi klinik. Nasib baik ada
satu klinik yang bukak 24 jam. Doktor anggap aku kena food poisoning.
Setelah makan ubat tersebut. Keadaan agak reda sedikit.
Aku tak pernah mengalami kesakitan sebegini sepanjang hidup aku.

Masa berlalu…..
Dan aku kembali bekerja. Tapi keadaan aku tak sesihat seperti biasa.
Dan pada suatu hari aku mengalami sakit dada sekali lagi dan tak boleh
bernafas. Nafas aku tersekat-sekat.Dada aku bergetar semakin laju. Badan
aku menjadi semakin lemah dan pandangan mata aku berpinar-pinar.

Kemudian aku drive ke klinik panel. Wife aku tak boleh drive.
Semasa seisi berjumpa dengan doctor…high blood pressure aku 170/100.

Korang kalau normal 120/80…dan kalau yang paling ideal adalah 110/70.
Jadi aku disarankan untuk makan ubat. Kalu tidak mungkin komplikasi yang
lain akan terjadi.Aku juga disarankan untuk turunkan berat badan. Berat aku
masa tu 75 kg. Untuk ketinggian aku yang agak rendang…jadi dengan berat
sebegitu menyebabkan tubuh badan aku agak gempal.

Rentetan dari kejadian tersebut, kesihatan aku selalu jadi tak menentu.
Aku berhenti hisap rokok semasa kejadian di utara tempohari.
Bila sakit dada menyerang...aku akan jadi lemah...dan tak berdaya.
Aku akan terbaring sahaja di katil….


Mankuala : nanti aku sambung lagi ,….nak kena masuk makmal balik .waktu
lunch dah habis ler…..

2 ulasan:

  1. Tuan lepas tu apa sambungan nye.. saya baru jadi keadaan mcm tuan ni.. masuk hospital 5 hari.. saya nk tawu pyelesaian nye

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam...nak saya ceritakan agak panjang lebar....tapi saya dah tulis e-book..dan dah siap cuma tak di lancarkan lagi...semuanya saya tulis dalam e-book itu...tajuk e-book itu " Rahsia Mankuala kurus tanpa ubat pelansing"...berminat tak?

      Padam