Halaman

Ahad, 17 Jun 2012

Viagra "semulajadi" part 11

Salam semua,

Hari ini hari Isnin bersamaan 18/12/2012 atau 28 Rejab. So hari ni aku bangun sahur nak puasa sunat bulan rejab. Bini aku tengah panaskan lauk ngan nasi. Aku ambik peluang update blog. Anak-anak aku tengah tidur. jadi boleh ler nak berceloteh dengan aman. Kalu tak memang tak boleh punya nak menaip. Asyik bergaduh jer.Habis macamana nak keluar idea nak menulis.

Okey, kita sambung pasal cerita pasal ulam pegaga tadi. Jadi korang dah sedia maklum tentang khasiat utama ulam pegaga nie untuk melancarkan peredaran darah. Dan satu lagi tips , masa tu aku rajin jogging .
aku jogging masa sebelum pergi kerja dalam 20 minit ...kalau tak sempat balik kerja 20 minit. Engkorang nak laripun boleh ..nak jalan 20 minit pun boleh , janji istiqomah. Buatlah 3 hari sekali. Selain dapat miningkatkan stamina , korang dapat gak menurunkan berat badan.

Sebab dahulu berat aku 75kg , jadi bila tinggi aku yang sedikit rendang tapi aku tinggi sikit dari AE lah.
Jadi badan aku macam ala-ala patung Buddha gitu? korang boleh bayangkan.  Setelah aku menjalani terapi sebegini aku dapat menurunkan berat badan sehingga 59kg. nati aku ceritakan macamana aku turunkan berat badan aku dengan lebih detail tanpa makan ubat pelangsing dalam entri berikut.

Berbalik pada cerita pegaga tadi, setelah korang dapat keselesaan badan , jadi teruskan amalan memakan ulam pegaga nie dan aktiviti jogging nie.

Tekanan darah aku juga dapat diturunkan dalam kategori stabil , tapi masih makan ubat.
( Alhamdulliah..bersyukur pada Allah).

Nanti aku sambung cerita lain pulak dalam entri berikutnya. Macamana dengan" rokok aku boleh buat duit ".







Tiada ulasan:

Catat Ulasan