Halaman

Isnin, 18 Jun 2012

rokok penyelamat road tax ku!!!

Salam semua,

Bila keluar rumah pagi nie terasa nyaman sikit...jerebu agak berkurangan..Masa hari sabtu hari tu aku pergi Jaya jusco dengan famili memang rasa sakit tekak , mata pedih dan kena selsema. Masa hari sabtu tu indeks pencemaran paling tinggi. Jadi pagi nie boleh plan nak pergi jogging kejap.

Bila cerita pasal pencemaran nie semua risau...rosak paru-paru ler...tak bleh nak buat aktiviti luar ler...jangan jalan kat tempat awam ler. Semua mementingkan kesihatan. Hummmmm...tapi macamana dengan seorang yang bergelar perokok. Ada 4000 jenis bahan kimia dalam rokok tersebut dan bahan-bahan tersebut adalah bahan yang lebih merbahaya dari jerebu yang kita hadapi sekarang.

Hahahaha.....nasihat orang konon..4 tahun dahulu...akupun dulu adalah perokok tegar.Dulu aku hisap rokok  pek 20 batang sehari , kadang-kadang tu 2 hari baru habis.Aku hisap rokok DUNHILL Ramai antara kita bermula hisap rokok dari zaman persekolahan dilanjutkan sehingga zaman universiti dan seterusnya zaman pekerjaan ...dan seterusnya ...hingga masuk lubang kubur kut.

Tapi masa aku hisap rokok dulu....orang cakap macamanapun...masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
"rokok ni umpama nyawa aku ni , mana boleh berhenti"...kui!kui!kui!
Siap ayat tak boleh blah...antara ayat awek zaman studi and zaman cintan-cintun dulu..

" bila you nak berhenti rokok ni?" , cik awek mengomel sambil mulut muncung dan boleh masukkan cincin kat hujung mulutnya.

aku jawab, " kalau you nak tahu , kalau diberi pilihan antara rokok dan you, I pilih rokok ni "
cik awek membalas, " You bandingkan I dengan rokok!!"

dan sudahnya aku terpaksa menghabiskan potong duit harian rokok aku untuk beli bunga untuk seminggu...
hahahaha....zaman cintun tak hingattt!!!


okey dah habis iklan ubat gigi....back to cerita asal
Seingat aku masa aku berhenti , harga rokok pek 20 adalah RM7.40. Bila kita beli hari-hari tak perasan.dan lagi ia dah menjadi rutin hari-hari. mana boleh nak blah!
Tapi bila kita accumulate jumlahnya ...memang banyak siot!!

Andaikata aku hisap rokok sehari pek 20 batang ..jadi 365 hari x RM7.40 = RM 2701.00
banyak tu untuk setahun.!!! lebih dari road tak boleh bayar....

Dan sekarang rokok dah naik....RM10.00...
so simple calculation 365 hari x RM10.00 = RM 3650.00
lagi banyak tuuu!!!


Mesti korang tanya macamana aku buat kan...?
simple jer...

Aku ambil buku yang tebal-tebal...pastu setiap muka surat aku akan masukkan RM10 setiap hari.
Tapi korang kena disiplin ler.
Kena anggap duit tu "burn'. Yer lah....korangkan ker bakar duit tu hari2. Jadi kira duit hangus ler...
Bila time nak bayar road tax baru korang ambik.

Apa-apapun korang kena jujur dan disiplin dalam hal nie.Kalau tak memang tak jadi.
So korang boleh cuba.


Mankuala : nanti aku cerita sebab apa aku boleh berhenti merokok dan macamana aku buat untuk boleh berhenti selepas 17 tahun jadi perokok tegar.Ader formulanya...tungguuu....





2 ulasan:

  1. Tahniah sebab mampu berhenti merokok. Kawan aku tahap naga sampai masuk sepital masih taknak berhenti. Siap kata sampai mati pun kalau ada orang jual rokok dalam kubor dia masih nak isap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah....iltizam kena kuat bro....
      pas tu ader objektif kenapa nak berenti...
      nanti aku story dalam blog nie

      Padam