Halaman

Khamis, 8 Mac 2012

Salam Perpisahan ( Salam Terakhir)

Salam semua di pagi Jumaat.Penghulu hari bagi Umat Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam kita bergembira , suka ,duka, mengejar kejayaan cita-cita kita didunia ini. jangan dilupakan tugas/matlamat utama kita hidup didunia ini.
Akhirat selalulah di hati agar kita tak terbuai dengan keindahan dunia.Di kesempatan ini , aku ingin berkongsi ilmu/peringatan yang aku dapat dari pembacaan buku2. Setidak-tidaknya dapat kita berkongsi intipati2 yang aku dapat simpulkan dari buku2 yang aku baca.Agar Allah tanamkan sifat takut kita kepadaNYA.

Perpisahan Terakhir............

Bagi orang2 yang menginginkan Akhirat dan kenikmatannya , tidak ada pilihan untuk mengikuti , walaupun sesaat , kecenderungan jahat dalam dirinya , kendatipun secara keseluruhan ia memiliki kebaikan yang besar dan banyak.Ia harus mengetahui bahawa "prestasi" nya bergantung pada bagaimana akhirnya saat2 sekarat ketika menjelang ajal.

Keluarnya Roh dari badan.....

Apabila sakaratul maut telah sampai pada seseorang hamba, maka lisannya tertahan, lalu masuklah empat malaikat kepadanya dan berkatalah malaikat pertama :" Assalamua'alaikum , akulah yang ditugaskan untuk rezekimu.Telah kucari rezeki itu dari timur sampai barat dan tidak kujumpai sesuappun.sekarang sudah tiba saat yang terakhir dari umurmu.

lalu ..masuklah malaikat yang kedua, seraya berkata : Assalamua'alaikum , akulah yang ditugaskan atas urusan minumanmu.Telah kucari air dari arah timur dan barat tapi tidak kujumpai air setegukpun untuk mu.

Lalu masuklah malaikat yang ketiga , seraya berkata " Assalamua'alaikum , akulah yang diserahkan tugas untuk nafasmu. Telah kucari nafas tersebut dari arah timur sampai ke barat...tetapi tidak kujumpai sehembuspun nafas bagimu.

Lalu masuklah malaikat ke empat , seraya berkata " Assalamua'alaikum, akulah yang diserahi atas ajalmu.Tealah kucari dari arah timur sampai barat dan tidak aku jumpai sedetikpun waktu untukmu.

Lalu masuklah Malaikat Kiramul Katibin dari sebelah kanan dan kirinya,
" Assalamua'alaikum , akulah yang diserahi atas kabaikanmu"...
lalu dikeluarkan lembaran putih " lihatlah amal-amal kebaikan mu"...ketika itu hamba tersebut tersenyum dan bersukaria.....

Lalu berkatalah malaikat disebelah kiri " Assalamua'alaikum , akulah diserahkan tugas untuk atas semua kesalahan dan kejahatanmu. Lalu di keluarkan lembaran hitam dan diperlihatkan lembaran itu kepada hamba..." lihat lah lembaran ini..."

Di saat itu keluarlah keringat hamba tersebut....
Di saat itu masuklah Malaikat Maut bersama Malaikat Rahmat di sebelah kanan dan Malaikat Azab disebelah kiri. Maka adakalanya diantara manusia itu yang ditarik rohnya dengan penarikan yang keras , dicabut dengan cabutan yang keras atau diusapdengan begitu sahaja dengan usapan yang halus.

Apabila roh tersebut telah sampai di tenggorokan, maka diambillah dia oleh Malaikat Maut. Jika hamba tersebut dari golongan orang yang beruntung , maka berserulah Malaikat Rahmat. Dan jika hamba tersebut dari golongan yang celaka , maka berserulah Malaikat Azab.Lalu Malaikat mengambil roh dan membawanya naik ke hadrat Allah S.W.T.

Firman Allah SWT:

" sekali-kali jangan. Apabila nafas(seseorang)telah (mendesak) sampai ke kerongkongan , dan dikatakan (kepadanya) , siapakah yang dapat menyembuhkan? Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia) , bertaut betis ( kiri) dengan betis (kanan) , kepada Tuhanmulah pada hari kamu dihalau"   ( Al-Qiyamah : 26-30)


Mankuala: Peringatan ini adalah untuk diri aku juga...agar tidak alpa dengan tipu-daya dunia dan iblis khasnya. Sebab iblis nie berlari-lari didalam urat saraf kita.Sebab itu kita kena selalu berwaspada dengan tipu dayanya.
Perjalanan kita didunia ini cuma sekelip mata dalam ukuran masa akhirat.Tempuh yang sekelip mata ini untuk kita gunakan sebaik mungkin sebagai bekalan untuk kita mengharungi perjalanan kita di padang masyar nanti.
Dipohonkan Allah melindungi kita. Amin.

Ketika Sakaratul Maut menjemput

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

...(Embedded image moved to file: pic26821.jpg)yaitan dan Iblis akan
sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari
terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang
paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis
mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan
rombongan.


Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan
syaitan di waktu maut."


Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan
aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman
yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di
masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka
diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari
tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT
inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu
merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau,
Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam
sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun
meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah
nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan
mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan
Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam
sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi
minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu
berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat
dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung
yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada
binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka
matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya
itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.


Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci
oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka
orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk
melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah
maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan
nerakalah tempatnya


Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang
hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman,
sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan
minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil
makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh
Iblis, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan
bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan
menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi
bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."


Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi,
ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan
kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa
hidupnya.


Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang
membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah
kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu
sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh
bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa
penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula
Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu
untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu
bagaimana hakikat Allah?"


Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."


Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang
tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat
syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan
untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh
kepada kami."


Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan
dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam
kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang
sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah
Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.


Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan
dibuka kepadamu."


Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni
itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda
yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.


Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."


Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda
yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya,
mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai
makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi
sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."


Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut
nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal
di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia
ini.


Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab
menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa
umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja
yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.


Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam
dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul
maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir
meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya
dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.


Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu
(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha
Illallah."


^ Kembali ke atas ^








Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam


(Embedded image moved to file: pic26122.jpg)ikisahkan dalam sebuah
hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada
cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan
pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula
terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000
belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat
70,000 lembah dari api.


Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu
terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu
mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada
setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.


Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu
terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan
Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri,
lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan
muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan
dibelakang mereka.


Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka
bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: "Ya Tuhan kami
selamatkanlah."


Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan
didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000
kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan
berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh
Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:"Sedang penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."


Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan
setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau
dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur
lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan
70,000 ke dalam neraka Jahanam.


^ Kembali ke atas ^





Iblis Dengan Ahli Neraka


DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah
sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api,
dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu
dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: "Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas
mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka."


Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan
berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka
mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu
Iblis.
Kata Iblis: "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq,
sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar
bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan
menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka
Sa'ir."


Berkata Iblis lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan
meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia.
Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu
semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu.
Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah
dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak
mengumpat daripada aku yang mengumpat."


Berkata Iblis lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT
sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"


Akhirnya Iblis berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua
dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku.
Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan
kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru
sekalian Alam."


Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka
melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah
dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia
kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi
pengikutnya dalam neraka.


Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak
ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya."


Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis
itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu
janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita
bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti
maka segala-galanya tidak berguna lagi.


Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah.
Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang
amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam
itu sebagai saudaranya.


Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan
Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki
judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang
sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah
menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.


^ Kembali ke atas ^

(Embedded image moved to file: pic25547.jpg)
Dipetik Dari Buku: 2002 Misteri Siri 2 "Himpunan Kisah-kisah Jin, Iblis &
Syaitan".
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.
(Embedded image moved to file: pic21577.jpg)

Rabu, 7 Mac 2012

HUJAN..............oh! Hujan..........ader cerita Mengerikan!!!true story

Semalam hujan lebat......dari senja sampai ler ke pagi nie...
semasa aku sampai 'ofis'...hujan masih renyai-renyai lagi.....ramai member ofis aku  yang masih tak sampai lagi.....mungkin tersangkut dalam traffic jem....atau masih membuta..kemudian buat alasan jem...so bleh sampai ofis lambat.............

Bila bercerita pasal hujan nie...teringat masa aku mula2 join company nie....dulu...flashbackkkkk..2005..
Kat company nie aku attached under R & D department. So masa tu aku ditugaskan untu set up satu machine yang berskala kecil . Machine nie boleh keluarkan product untuk jumlah yang kecil jerr...jadi kalau kita nak tambah atau nak modified machine nie bagi laju ker.....so banyak product yang boleh dihasilkan.
Jadi kerja aku banyak berkaitan dengan machine nie...kira2 masa tu ...machine ler "baby" aku.....hari2 aku main ngan dia...aku develop machine nie 2 orang.

Nak jadikan cerita minggu depan ada visitor dari US nak datang visit kat department kitaorang.Kitaorang ditugaskan untuk buat "demonstration" kat mamat US tu...tentang capability machine.Jadi minggu tu aku ngan member aku bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan untuk menjayakan 'Demo" tersebut.

Sehinggalah sampai pada hari jumaat.tapi kerja tak siap lagi...so aku ambil keputusan untuk data pada hari sabtu untuk menyambung kerja2 yang tak siap tu.Ader 'part' yang perlu dipasangkan .Aku datang sorang2 jer sebab member aku tu duduk jauh..Kat Sepang....sian dia hari2 cuti nak datang.

Untuk pengetahuan korang company tempat aku kerja sampai jumaat jer ( 5-days). So kalau weekend tak ramai orang...
Waktu tu pukul 2.00petang...aku kat tingkat bawah...(bangunan Ofis aku 2 tingkat)....memang tak der orang..sedari pagi tadi aku kerja sorang...cuma ader seorang jer yang ader kerja kat tingkat atas...dia buat testing sample....
Setelah penat bekerja...aku pergi...ke kantin cari air....lepak dalam 20minit...masa kat kantin aku jumpa member aku yang kerja kat atas buat testing tadi..kitaorang borak2 sambil minumm..dia budak baru jugak...(aku awal 2 bulan dari dia) ...aku masuk balik ofis lepas tu ...tapi kat luar hujan lebat....kilat sabung-menyabung....so aku masuk ofis dalam pukul 2.45pm...tapi kali nie aku masuk ofis ...perasan aku tak sama macam pagi tadi.....kali nie dada ader rasa berdebar-debar sikit....suasana ofis tiba-tiba jadi sangat sunyi......sunyi umpama kita...berjalan dalam hutan...dimana kalau kayu terpijak...kita akan terdengar bunyi nyer...."prak"....itu ler kalau diandaikan sunyinyer waktu tu......

tapi aku berkata2 ...dalam hati...."ishh...ala perasaan jer nie..."  tak ader apa-apa nie"....
so dalam kul 3.00pm...aku terperasaan kelibat seseorang dalam bilik dihadapan tempat aku bekerja....bilik tu gelap...jadi...cuma dengan ekor mata kita akan dapat melihat kelibat yang bergerak2 dalam bilik tersebut....

hati aku jadi tak sedap....."ishhh...nie yang tak best nie...."....tapi aku keraskan hati...aku nak siapkan kerja nie gak....sebab tools,,semua dah berterabur atas lantai.....nanti sebelum balik...nak kena kemas dulu...
nanti kalau aku tangguh esuk nak kena datang lagi....bersepah balik tools...nie...

dalam aku tengah pasang part kat machine tu...terasa ader orang kat belakang aku....jarak dalam 2 meter...(memerhati aku buat kerja.....tegak bulu roma aku sekarang  bila teringatkan perasaan aku masa tu)

walaupun 'benda' membelakang aku...tapi setiap kita dianugerahkah naluri / gerak rasa...walaupun kita tak nampak......jadi bila aku toleh.....tiada orang disitu....
hmmmmm..............'cam ner aku nak buat kerja kalau hati gundah-gulana nie....cam ner nak buat kerja kalau setiap masa kita rasa diperhatikan...tetapi kita tahu bukan manusia yang memerhatikan kita kerja.....

So at last...aku ambil keputusan..untuk balik jer...tools semua aku tak kemas kan....sebelum balik aku tutup lampu....tapi aku terlupa bagi tahu kat member aku yang kat tingkat atas yang aku dah balik....aku balik 3.30pm
Esoknyer(Ahad)...aku tak datang kerja.....

Dijadikan cerita pada pagi Isnin...member aku tu ,Arip. " Bang....hari sabtu hari tu abang...takut-takutkan saya yer?" , Arip tanya kat aku.....aikksss..." takut-tkutkan apa Rip?"...aku tanya balik....
 "Tak der ...hari tu...abang tepun saya..cakap-cakap dengan saya..abang usik2 saya kan?".....arip tanya aku lagi...tak puas hati...dia ingatkan aku tak mengaku usik dia....
" abang tanya saya buat apa kat atas....?..bila nak balik?...lepas tu abang gelak2...." arip menambah lagi.
"Haaaa"...aku ternganga...."pas tu ...saya suruh abang jangan letak tepun...saya berlari....turun ke bawah...tapi kat bawah dah gelap...lampu semua dah tutup...."...arip menambah lagi....." yer ler aku dah balik kul 3.30 ...."..aku cakap...." nko turun bawah dalam kul berapa?" aku tanya kat arip..." dalam 4.15..."..arip jawap.....so comfirm aku tak der kat bawah.....jadi si Arip nie sembang ngan saper?....

So cerita nie berlegar di opis aku dalam sebulan....jadi banyak ler cerita2 yang mistik yang dulu2 perihal bangunan aku bekerja nie....

p/s : dan aku masih lagi bekerja di bangunan ini....

Ahad, 4 Mac 2012

Demam...sakit kerongkong + lidah

Salam semuaekali....

aku start demam dari hari rabu hari tu (29/03/2012)...hari khamis aku MC...ingat nak ajak member aku mc sekali.tapi memandangkan anak akupun tak sihat...jadi aku kensel nak ajak member aku MC kali.

aku terasa sakit tekak bila petang rabu hari tu...dan rasa nak demam.selsema plus air hidung.kepala rasa "weng"..so petang tu selepas aku ambik anak ..terus cargas pergi klinik...Doktor bagi MC esoknya.Bila balik rumah lidah aku mula sakit dan makan tak rasa apa2.Masam ,masin, manis , pahit dah tak de rasa.Pendek kata deria rasa lidah dan tak function.

So semalam  pagi ...dah rasa tak tahan aku pergi klinik Mediveron kat ss18..mintak ubat kat Doktor.doktor kasik antibiotik sebab seluruh lidah aku kena ulser dan tekak aku juga.
Betapa seksanya makan tanpa deria rasa dan sakit tekak dan tak boleh menguncah makanan yang keras2...even makan roti canai sekalipun....masa nak menguyah siap keluar airmata....masa nak menelan siap pejam mata..so boleh makan bubur nasi dengan kicap jer 2-3 hari.Even hari nie pun ader kenduri aku boleh makan nasi bubur kat rumah dulu.Pas tu baru pergi kenduri.Nasib baik kat tempat kenduri tu ader kuih baulu kemboja...boleh ler aku buat makan pelapik perut.Balik kenduri aku pergi MoHD Chan kat sek. 15.Cari pau berintikan sekaya. jadi agak lembut sikit.Tapi bila dah sejuk.dia jadi keras sikit.Jadi bila makan aduhaii...nak menitik air mata.

So kesimpulannyai kita kena bersyukur dengan kurnia Allah kita pada hari2. Bila ditarik satu jer nikmatnya.Itu lidah yang tak mempunyai deria rasa dan sakit..kita langsung tak boleh nak rasa makanan tu sedap...semua rasa plain...rasa kosong...bayangkan yang air yogurt Nestle yang manis tu...boleh rasa perisa oren dia jer.macam tak der gula.

!!!!! manusia bila dia rasa sakit dan tak mampu melakukan perkara yang hari2 dirasakan mudah untuk melakukan...baru dia tahu yang dia cumalah insan yang lemah....tanpa Dorongan dari Allah...dan bantuanNYA..mana mungkin dia boleh mengangkat batu atau memandu kereta ..tanpa keizinanNYA.