Halaman

Khamis, 21 Jun 2012

Tazkirah Jumaat : Balasan Sedekah.

Salam , Jumaat…penghulu hari untuk umat Nabi Muhammad S.A.W.
Berbanyaklah selawat untuk junjungan Rasulullah kita pada hari ini.
Berdoalah agar kita diberi petunjuk untuk kita mencintai rasul kita.

Bertepatan dengan hari Jumaat pada hari ini, marilah kita menghayati
iktibar dari pengalaman sahabat di bawah...


Saidina Ali dan sepuluh buah delima
Dikisahkan oleh Ka'ab bin Akhbar.

Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, sekaligus isteri
kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali, "
Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?"
"Wahai Suamiku, aku ingin buah delima", Jawabnya.

Sayidina Ali termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun.
Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham.
Maka akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke
pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.

Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang
yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti
dan menghampirinya.

"Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?", tanya Sayidina Ali.
"Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang
berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang mahu peduli kepadaku.
Aku ingin sekali makan buah delima." Jawab orang tua tersebut.

Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,



"Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk
Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih.
Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,
"Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya. " (QS. Al-Dhuha : 10
).

Juga sabda Nabi SAW, " janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis,
sekalipun ia di atas kenderaan".
Maka kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian,
separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah.

Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti
Fatimah berkata kepadanya,
"Wahai Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan
Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka
puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu."

Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.
Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu
Sayidina Ali berkata, "Siapakah tuan?"

"Aku Salman Al Farisi," Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelah pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah
tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Ali
bertanya,

"Dari manakah wadah ini wahai Salman ?".
"Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah
SAW." Jawabnya.

Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan
buah delima. Sayidina Ali terus berkata,

"Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya Sepuluh".
Lalu ia membacakan firman Allah SWT,
"Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali
ganda amalnya ( balasannya )". ( Al-An'am : 160 )

Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang
ada ditangannya, seraya berkata,
"Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU
terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi."



Mankuala: balasan sedekah bukan hanya dari segi kekayaan tetapi dari
segi...kesihatan , keluarga yang bahagia ,ketenangan dalam hidup ,
anak-anak yang mendengar kata , kurangnya kita bertelingkah dalam hubungan
suami-isteri...dan banyak lagi.Luaskan pemikiran kita bahawa...fadilat
sedekah bukan dari segi balasan material sahaja........

Rabu, 20 Jun 2012

Kenapa aku boleh berhenti rokok part 11

Kesinambungan….

Di samping aku makan ubat , aku mengamalkan diet , bersenam dan banyak
makan ulam-ulaman. Dalam aku menjalani perubatan ini juga aku banyak
mencari erti dan hakikat sebuah kehidupan. Banyak bahan-bahan bacaan yang
berbentuk ilmiah aku terokai dan aku menjadi seorang pengkaji.

So moral of the story ……hargailah kehidupan yang kita ada ini.
Kesihatan adalah anugerah yang paling besar @ bermakna sekali.
Kalau korang sakit…semua benda tak boleh buat.
Dan Cuma orang yang pernah sakit (kategori kena makan ubat hari2)…akan
faham erti betapa bernilainya SIHAT.

Dan yang paling utama disebabkan rokok nie..korang jatuh sakit..dan terus
masuk ward ….dan ….tak bersempat bertaubat. Macamana kehidupan kita di
"Sana" nanti.

Ketahuilah bahawa 'satu hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia
"……" kita akan dikumpulkan di padang masyar dan diabiarkan nanti selama
1000 tahun akhirat….jadi berapa tahunkah tahun dunia??

Jadi banyak ilmu yang aku perolehi daripada bahan-bahan bacaan tersebut
yang dapat mengengkang aku daripada meneruskan aktiviti "berasap' aku
selama ini.

Dan bila aku mengkaji tentang alam akhirat , lagi menambahkan semangat aku
untuk berhenti daripada bahan bakar bernikotin tinggi ini. Dengan mengkaji
alam akhirat akan membuatkan jiwa kita semakin takut dengan Allah.

Aku menceritakan akan perkara diatas bukan sebab nak tunjuk baik. Tapi
sekadar berkongsi …apakah formula yang membolehkan aku berhenti untuk
merokok!

Dan satu lagi…aku berfikir…Allah dah mengurniakan kita dengan kesihatan
yang cukup baik….tapi kita cuba merosakkan tubuh badan kita dengan
bahan-bahan kimia ini.

Sesungguhnya Allah amat menyukai umat islam yang kuat fizikalnya.

Bila kita fikir akan kematian…. semua orang takut mati. Tambah-lagi bila
kita mati dalam keadaan tak bersedia.( mohon perlindungan Allah).

Aku bercerita agak serius sikit sebab...bagi aku bab ini sangat penting.
Yahudi akan merosakkan umat islam @ umat nabi Muhammad dengan
berbagai-bagai cara yang halus. Salah satunya adalah rokok.

Diakhir entry nie….atas sebab-sebab diatas lah aku begitu kuat untuk
berhenti merokok. Bukan sebab sesiapa.



Mankuala: Kehidupan kita amat singkat kat dunia ini….tapi dengan kehidupan
kita yang singkat ini lah yang menentukan apa akhiran hidup kita di 'sana'
nanti….renung-renungkanlah…

Selasa, 19 Jun 2012

Sebab apa yang aku boleh berhenti hisap rokok.

Hmmm….rokok? Candu? keretek? pipe?...dan seangkatan dengannya…
Sesiapa yang pernah menghayatinya ….dan masih menghayatinya..memang terasa
nikmatnya. Kalau tengah tension-tension , layan rokok sekotak…sambil buat
bentuk "bulat-bulat" , bentuk "empatsegi-empat segi" , bentuk 'kapal' pun
boleh .

Sambil termenung tenguk langit malam-malam. Layan hembus asap rokok
perlahan-lahan.Sambil asap rokok hilang di bawa angin malam. Isk! isk! isk!
syadunya.....berharap masalah yang kita hadapi boleh hilang.
Dengan harapan idea akan keluar untuk menyelesaikan masalah yang kita
hadapi.


Cheesss…. ayat prosa klasik ler pulak…macam nak tulis novel……kui!kui!kui!

Kadang-kadang antara sebab yang aku tak boleh nak blah ngan rokok nie.
Selain rasa yang best kalau makan pedas-pedas ..lepas tu kena
rokok..perghhhh.....kiranya macam dessert ler.

Cerita aku hari nie , adalah macamana aku boleh berhenti rokok setelah
berkecimpung dalam arena "asap-mengasap" nie selama 17 tahun.
Cerita nie dari pengalaman aku sendiri.

4 tahun yang lalu..........

Aku ditugaskan oleh company aku untuk menjalankan satu tugasan di utara
tanah air. Aku pergi dengan member ofis aku .Dalam perjalanan hari tu dada
aku rasa macam tak best jer. Aku ingatkan mungkin aku terkena
'angin'..lepas makan cendawan malam tadi.

Masa berhenti kat perhentian Sg.Perak. Kitaorang turun dan makan nasi kat
situ. Aku beli sekotak rokok DUNHILL. Bila aku hisap sebatang … tapi rasa
macam tak best. Kemudian perjalanan diteruskan……

Sehingga sampai ke Hotel….

Selepas makan malam aku rasa macam pening-pening nak muntah. Dada aku
berdebar sangat laju. Macam rasa nak pitam .

Bila sampai kat bilik hotel ...aku muntah-muntah.Selang 5 minit muntah.
Kemudian seingat aku masa aku berbaring kat hotel…dada aku bergetar sangat
laju …sehingga terasa katil pun bergoyang sekali..

Semasa aku mengalami kesakitan tersebut aku terbayang akan anak dan isteri
aku dirumah. Andaikata aku 'pergi' malam tersebut…aku terpikir macamana
dosa-dosa aku dengan tuhan? Apa amalan yang aku bawa untuk berjumpa tuhan.
Aku tak sempat bertaubat!!...

Dalam pukul 12.30 malam , aku ajak member aku pergi klinik. Nasib baik ada
satu klinik yang bukak 24 jam. Doktor anggap aku kena food poisoning.
Setelah makan ubat tersebut. Keadaan agak reda sedikit.
Aku tak pernah mengalami kesakitan sebegini sepanjang hidup aku.

Masa berlalu…..
Dan aku kembali bekerja. Tapi keadaan aku tak sesihat seperti biasa.
Dan pada suatu hari aku mengalami sakit dada sekali lagi dan tak boleh
bernafas. Nafas aku tersekat-sekat.Dada aku bergetar semakin laju. Badan
aku menjadi semakin lemah dan pandangan mata aku berpinar-pinar.

Kemudian aku drive ke klinik panel. Wife aku tak boleh drive.
Semasa seisi berjumpa dengan doctor…high blood pressure aku 170/100.

Korang kalau normal 120/80…dan kalau yang paling ideal adalah 110/70.
Jadi aku disarankan untuk makan ubat. Kalu tidak mungkin komplikasi yang
lain akan terjadi.Aku juga disarankan untuk turunkan berat badan. Berat aku
masa tu 75 kg. Untuk ketinggian aku yang agak rendang…jadi dengan berat
sebegitu menyebabkan tubuh badan aku agak gempal.

Rentetan dari kejadian tersebut, kesihatan aku selalu jadi tak menentu.
Aku berhenti hisap rokok semasa kejadian di utara tempohari.
Bila sakit dada menyerang...aku akan jadi lemah...dan tak berdaya.
Aku akan terbaring sahaja di katil….


Mankuala : nanti aku sambung lagi ,….nak kena masuk makmal balik .waktu
lunch dah habis ler…..

Isnin, 18 Jun 2012

rokok penyelamat road tax ku!!!

Salam semua,

Bila keluar rumah pagi nie terasa nyaman sikit...jerebu agak berkurangan..Masa hari sabtu hari tu aku pergi Jaya jusco dengan famili memang rasa sakit tekak , mata pedih dan kena selsema. Masa hari sabtu tu indeks pencemaran paling tinggi. Jadi pagi nie boleh plan nak pergi jogging kejap.

Bila cerita pasal pencemaran nie semua risau...rosak paru-paru ler...tak bleh nak buat aktiviti luar ler...jangan jalan kat tempat awam ler. Semua mementingkan kesihatan. Hummmmm...tapi macamana dengan seorang yang bergelar perokok. Ada 4000 jenis bahan kimia dalam rokok tersebut dan bahan-bahan tersebut adalah bahan yang lebih merbahaya dari jerebu yang kita hadapi sekarang.

Hahahaha.....nasihat orang konon..4 tahun dahulu...akupun dulu adalah perokok tegar.Dulu aku hisap rokok  pek 20 batang sehari , kadang-kadang tu 2 hari baru habis.Aku hisap rokok DUNHILL Ramai antara kita bermula hisap rokok dari zaman persekolahan dilanjutkan sehingga zaman universiti dan seterusnya zaman pekerjaan ...dan seterusnya ...hingga masuk lubang kubur kut.

Tapi masa aku hisap rokok dulu....orang cakap macamanapun...masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
"rokok ni umpama nyawa aku ni , mana boleh berhenti"...kui!kui!kui!
Siap ayat tak boleh blah...antara ayat awek zaman studi and zaman cintan-cintun dulu..

" bila you nak berhenti rokok ni?" , cik awek mengomel sambil mulut muncung dan boleh masukkan cincin kat hujung mulutnya.

aku jawab, " kalau you nak tahu , kalau diberi pilihan antara rokok dan you, I pilih rokok ni "
cik awek membalas, " You bandingkan I dengan rokok!!"

dan sudahnya aku terpaksa menghabiskan potong duit harian rokok aku untuk beli bunga untuk seminggu...
hahahaha....zaman cintun tak hingattt!!!


okey dah habis iklan ubat gigi....back to cerita asal
Seingat aku masa aku berhenti , harga rokok pek 20 adalah RM7.40. Bila kita beli hari-hari tak perasan.dan lagi ia dah menjadi rutin hari-hari. mana boleh nak blah!
Tapi bila kita accumulate jumlahnya ...memang banyak siot!!

Andaikata aku hisap rokok sehari pek 20 batang ..jadi 365 hari x RM7.40 = RM 2701.00
banyak tu untuk setahun.!!! lebih dari road tak boleh bayar....

Dan sekarang rokok dah naik....RM10.00...
so simple calculation 365 hari x RM10.00 = RM 3650.00
lagi banyak tuuu!!!


Mesti korang tanya macamana aku buat kan...?
simple jer...

Aku ambil buku yang tebal-tebal...pastu setiap muka surat aku akan masukkan RM10 setiap hari.
Tapi korang kena disiplin ler.
Kena anggap duit tu "burn'. Yer lah....korangkan ker bakar duit tu hari2. Jadi kira duit hangus ler...
Bila time nak bayar road tax baru korang ambik.

Apa-apapun korang kena jujur dan disiplin dalam hal nie.Kalau tak memang tak jadi.
So korang boleh cuba.


Mankuala : nanti aku cerita sebab apa aku boleh berhenti merokok dan macamana aku buat untuk boleh berhenti selepas 17 tahun jadi perokok tegar.Ader formulanya...tungguuu....





Ahad, 17 Jun 2012

Viagra "semulajadi" part 11

Salam semua,

Hari ini hari Isnin bersamaan 18/12/2012 atau 28 Rejab. So hari ni aku bangun sahur nak puasa sunat bulan rejab. Bini aku tengah panaskan lauk ngan nasi. Aku ambik peluang update blog. Anak-anak aku tengah tidur. jadi boleh ler nak berceloteh dengan aman. Kalu tak memang tak boleh punya nak menaip. Asyik bergaduh jer.Habis macamana nak keluar idea nak menulis.

Okey, kita sambung pasal cerita pasal ulam pegaga tadi. Jadi korang dah sedia maklum tentang khasiat utama ulam pegaga nie untuk melancarkan peredaran darah. Dan satu lagi tips , masa tu aku rajin jogging .
aku jogging masa sebelum pergi kerja dalam 20 minit ...kalau tak sempat balik kerja 20 minit. Engkorang nak laripun boleh ..nak jalan 20 minit pun boleh , janji istiqomah. Buatlah 3 hari sekali. Selain dapat miningkatkan stamina , korang dapat gak menurunkan berat badan.

Sebab dahulu berat aku 75kg , jadi bila tinggi aku yang sedikit rendang tapi aku tinggi sikit dari AE lah.
Jadi badan aku macam ala-ala patung Buddha gitu? korang boleh bayangkan.  Setelah aku menjalani terapi sebegini aku dapat menurunkan berat badan sehingga 59kg. nati aku ceritakan macamana aku turunkan berat badan aku dengan lebih detail tanpa makan ubat pelangsing dalam entri berikut.

Berbalik pada cerita pegaga tadi, setelah korang dapat keselesaan badan , jadi teruskan amalan memakan ulam pegaga nie dan aktiviti jogging nie.

Tekanan darah aku juga dapat diturunkan dalam kategori stabil , tapi masih makan ubat.
( Alhamdulliah..bersyukur pada Allah).

Nanti aku sambung cerita lain pulak dalam entri berikutnya. Macamana dengan" rokok aku boleh buat duit ".







Sabtu, 16 Jun 2012

Viagra "semulajadi"

 Salam semua...

ehemm..ehemm....sakit tekak pulak rasanya....yer lah...dah 3 hari jerebu melanda malaysia , khasnya Lembah Klang. Tadi aku baru balik dari  Jaya Jusco Bukit Tinggi , Klang. Ramai jugak orang bawak famili berjalan-jalan. Tetapi cuaca yang agak berbahang di luar menyebabkan orang semakin ramai kat Jaya Jusco nie. Yer lah...tempat "air-cond"..sejuk....

Mesti semua tertunggu-tunggu..apalah Mankuala nie...tajuk pasal viagra....cerita mukadimah pasal Jaya Jusco Bukit Tinggi. Hmmmm.....bukan apa, sambil tulis ...sambil cari idea nak tulis..., bukan apa ,asalnya aku bukan lah seoarang penulis yang baik...tapi aku percaya kalau selalu berlatih ..mesti bolehnyer...insyaallah

"Viagra" ..adalah suatu "phrase" yang sinonim dengan kekuatan seksual lelaki..Ahuk!ahuk!..batuk ler pulak...gatai tekak...jadi apa2 sahaja ubat atau herba yang bagus akan dikaitkan dengan perkataan "viagra". Boleh dikatakan yang perkataan "Viagra" ini dah masuk dalam kamus dewan bahasa dan pustaka sebagai bahasa malaysia.

Even tok aki-tok aki dikampung kalau sebut atau cerita pasal "viagra', mesti tersengih sampai ke telinga .Dan cuping telinganya panjang macam Plasticman..nak dengar cerita yang lebih lanjut....
heheee,,....cerita pasal tok aki konon...korangpun sama gak kan....


Aku nak cerita nie bukan pasal produk baru...atau nak promote produk MLM. Aku nak cerita pasal amalan makan "ULAM PEGAGA"....atau nama saintifiknya centella asiatica.
Korang kenal tak ulam pegaga nie? Pokok nie senang nak tumbuh dan membiak. Janji ada tanah dan air yang mencukupi. Pokok nie walaupun dah kering daunnya...(sekali tenguk dah mati ler pokok nie)..tapi kalau korang siram air balik...insyaallah...2 hari lepas tu akan tumbuh daun kecik-kecik yang baru.

Bagi sesiapa yang tak kenal pokok nie boleh view kat sini:

http://tanamanhidrokultur.blogspot.com/2009/07/nama-tempatan-pegaga-nama-saintifik.html


Apa yang nak aku ceritakan ini adalah dari pengalaman yang dapat dikongsi.Sebab kalau cerita tapi tak ader experiment tak guna jugak betul tak. Aku disahkan kena tekanan darah tinggi 4 tahun yang lalu.Masa tu aku heavy smoker. Tak suka bersenam (bersenam malam jumaat dikecualikan). Dan tak jaga makan. Asal makanan jer aku sapu. Bak kata orang tolak batu ngan kayu jer.

Berbalik pada cerita ulam pegaga nie. Antara khasiat ulam pegaga nie adalah , ia melancarkan pengedaran darah dan mengawal gula dalam darah (untuk pesakit diabetes). Selain itu banyak lagi khasiat-khasiatnya seperti awet muda , mengawal kegemukan badan dan menyejukkan badan. Korang boleh baca dalam website yang aku postkan kat atas tu.

Setelah aku disahkan mengidap tekanan darah tinggi dan doktor sarankan agar aku kena makan ubat supaya tiada implikasi-implikasi yang lebih teruk terjadi akibat faktor darah tinggi ini. Untuk pengetahuan korang banyak penyakit bermula dari penyakit darah tinggi. Dan bila korang kena penyakit ini maka terbuktilah yang struktur atau sistem badan korang ada yang terganggu.

Sepanjang aku menjalani perubatan secara moden, (makan ubat doktor-daily). aku juga mencari alternatif lain. Syukur alhamdullilah...aku jumpa ulam pegaga nie. Untuk pengetahuan korang..aku bukan lah penggemar sayuran apatah lagi ulam-ulam nie. Apahal nak makan ulam-ulam nie macam kambing..Mbeeekk...

Tapi itulah..setiap kejadian Allah ada  kegunaan untuk mahkluknya...tambahan lagi untuk kita Khalifah didunia ini.

Bila aku mengamalkan makan ulam pegaga nie pada permulaannya...tak ader apa-apa perubahan..aku makan dalam 4 hari sekali .Masa makan tengahari. Aku makan tak banyak dalam 5-6 helai jer.
tapi aku makan dengan akar-akarnya sekali tau....

Alkisahnya bila dah aku mengamalkan makan dalam lebih kurang sebulan lebih....terdapat perbezaan pada diri aku....bukan aku transform jadi 'kluang man"....tapi bila bangun pagi badan jadi segara a.k.a fresh. 
Yang "18 SX " pun fresh jugak. Ini bukan sesuatu yang lucah tapi apa yang aku mengalaminya.


Dah nak magrib nie...nak pi masjid. Nak kena mandi dulu....dengar citer ada ustaz Don Danial nak bagi ceramah kat masjid negeri malam nie.

Tak habis lagi ....nanti aku sambung next entry....Tungguuuu...rolll



mankuala:

"Hidup yang tanpa masalah ..bukan lah suatu kehidupan yang sempurna"- dari novel "Ditengah Kabus" karya Khadijah Hasyim

















Rabu, 13 Jun 2012

Abang Ensem DimataKu

Salam semua.

Aku saja nak cuba contest nie...walaupun dah lama tak update blog...mana tau dengan menceburi diri dalam contest AE nie..akan menyemarakkan balik semangat aku untuk berblog...sebenarnya bukan aku malas..tetapi kekangan masa ataupun masa yang mencemburui..waktu malam aku kat rumah amat singkat..dengan perhatian yang perlu diberikan kepada anak2. Kerja sekolah yang perlu dilihat...kalau tak memang anak sulong aku nie tak buat kerja sekolah....taunya TV...Tv...TV....Bila jam menunjukkan pukul 10 pm. Mata aku dah mengantuk.....

echee...echee...melalut plak aku nie....tujuan aku nak  join contest ...
(dalam hati " hehehe...nak kutuk ker nak puji mamat AE nie)  ...hmmmm tanduk sudah tumbuh....

So jum kita mengimbau 16 tahun yang lalu........

Aku kenal AE nie masa tahun 1996 dahulu kat Seksyen 8.(masa zaman studi-studi dulu)...masa tu sewa rumah kedai. Stail rumah sewa kedai nie ( kat bawah kedai dan tingkat satu adalah rumah sewa dan rumah sewa nie ada bilik, so bilik ini disewa ikut kepala plak.So aku duduk kat bilik lain. So alkisahnya masa aku masuk bilik si AE nie aku nampak ader kaset-kaset lama dalam kotak yang disusun rapi. Korang tau kaset apa???  hmmmm...dalam hati ader taman...walaupun si AE nie bermisai tebal macam Dato K...tapi jiwa halus ler beb!!...kaset FAUZIAH LATIF...disitu ler detik pengenalan aku dengan AE....

Lepas tu masuk alam pekerjaan....

Seingat aku dia lah kawan kitaorang yang mula2 pakai kereta. Aku masih tu masih' easy rider' lagi...
Dimasa itu aku dan kawan2 lain masih bertatih dalam alam pekerjaan dan masih mencari halatuju dalam kehidupan, tapi AE sudah mengorak langkah dalam mencapai impian beliau melalui pembelian rumahnya yang pertama. Di masa itu , apa yang bermain difikiran aku, " boleh ker mamat nie nak bayar rumah , kereta lagi....hmmmm...nak belanja awek lagi...(kui!kui!kui!)awek@bini dia sekarang.....

Masa terus berlalu.....

Kitaorang menceburi pula dalam bidang saham....main saham secara" kontra" adalah pilihan dimasa itu. Hmmm...modal tak banyak....jadi tak banyak pilihan terpaksa main "kontra"....hmmmm untungnya rm100...terasa suka sangat..tapi bila rugi sampai rm400-rm500. Itulah asam garam kitaorang mula2 bermain saham.Pernah ambik MC dan duduk depan kaunter dari pagi sampai petang Untungnya sikit..ruginya banyak. Sehingga aku pencen dari bermain saham. Tapi AE masih meneruskan bermain. Kesilapan2 yang lalu mematangkan beliau dalam kancah permainan saham. ESOS dan beli mengikut musim (pilihanraya, chinese new year, hari raya puasa) play save:( beli masa orang tak beli...jual masa orang nak beli) , tip-tip dari sumber2 yang boleh dipercayai.....dan AE masih meneruskan perjalanan saham beliau.Dan sekarang aku telah kembali berkecimpung tapi aku beli cuma setahun sekali dan aku jual cuma setahun sekali.(hmmm...boleh buat e-book nie...macamaner nak untung bermain saham dengan jumlah yang banyak untuk sekali main dalam setahun)

Beli rumah pertamaku.......

Selalunya AE adalah tempat rujukanku ( bank info bergerak)kui!kui!kui!...bila aku menghadapi masalah berkaitan untuk pembelian rumahku yang pertama. Daripada hal lawyer sampai ler ke cukai pintu. (secara jujurnya : thank you)....
Kemudian aku berkesempatan membuat 'flipping" daripada rumah pertamaku yang dibeli di Bandar Bukit Raja untuk aku membeli rumah idamanku di Shah Alam. Rumahku sememangnya di tengah-tengah pusat bandar shah alam.dan waktu aku membelinya adalah 30% below market value. Banyak nasihat dan tunjuk ajar kuperolehi dari AE....(contoh: nak mintak diskaun dengan lawyer)

masih ingatkah prokata di bawah :

'kalau korang nak kena kencing dengan AE lu pergi ler seminar dia'...-mankuala.


hmmm.....itu ler kata-kata 2 tahun yang lalu dimana kata-kata itu umpama mawar jingga yang telah pudar warnanya kerana daripada seminar AE banyak memberi panduan kepada orang-orang baru untuk membeli rumah seperti aku mula-mula dahulu.


Sejujurnya perjalanan hidup AE yang mahu memertabatkan anak bangsa dalam bidang hartanah amat-amat aku sanjungi. Dan aku sebagai follower tegar mendoakan agar beliau dapat menonjolkan diri beliau sebaris Azizi Ali dan seangkatan dengannya. Bagi aku , Allah melihat apa yang kita niatkan dihati dalam kita melakukan kebaikan didunia ini.


mankuala:
                      hmmmm...dah pukul  10pm...mataku nie macam ader jam loceng..bila masuk kul 10   jer..dah mula nak layu....nie tengah nak perambat anak2 aku naik atas masuk tidur. Tapi maknyer tak leh ler tidur dulu. Malam nie kan ker malam "khamaat".









































Khamis, 7 Jun 2012

Menimang Cahayamata

Salam semua,

Semalam aku pergi melawat sahabat aku menimang cahayamata yang ke-3.Dah lama tak tenguk baby kat rumah. Anak aku yang no 2 pun dah berumur 4 tahun.Hmmm...teringin jugak nak dengar suara budak kecik kat rumah. Seronok main dengan budak2 yang berumur 1-2 tahun.Tenguk keletah dan ketawanya.Terhibur rasa hati bila balik dari kerja.

Anak sulong aku dah darjah satu.hmmmm....boleh dipikirin untuk tambah 'treler nie'...hehheeh...
Apakata malam-malam jumaat nie ter'accident'...oppss.."abang tak tersengaja"...nak buat cam ner...

hmmm...boleh pakai tak alasan nie??

Tahniah untuk AE..setelah menunggu lama untuk menimang cahaya mata..

Dapat 'boy' lagi...