Halaman

Rabu, 13 Jun 2012

Abang Ensem DimataKu

Salam semua.

Aku saja nak cuba contest nie...walaupun dah lama tak update blog...mana tau dengan menceburi diri dalam contest AE nie..akan menyemarakkan balik semangat aku untuk berblog...sebenarnya bukan aku malas..tetapi kekangan masa ataupun masa yang mencemburui..waktu malam aku kat rumah amat singkat..dengan perhatian yang perlu diberikan kepada anak2. Kerja sekolah yang perlu dilihat...kalau tak memang anak sulong aku nie tak buat kerja sekolah....taunya TV...Tv...TV....Bila jam menunjukkan pukul 10 pm. Mata aku dah mengantuk.....

echee...echee...melalut plak aku nie....tujuan aku nak  join contest ...
(dalam hati " hehehe...nak kutuk ker nak puji mamat AE nie)  ...hmmmm tanduk sudah tumbuh....

So jum kita mengimbau 16 tahun yang lalu........

Aku kenal AE nie masa tahun 1996 dahulu kat Seksyen 8.(masa zaman studi-studi dulu)...masa tu sewa rumah kedai. Stail rumah sewa kedai nie ( kat bawah kedai dan tingkat satu adalah rumah sewa dan rumah sewa nie ada bilik, so bilik ini disewa ikut kepala plak.So aku duduk kat bilik lain. So alkisahnya masa aku masuk bilik si AE nie aku nampak ader kaset-kaset lama dalam kotak yang disusun rapi. Korang tau kaset apa???  hmmmm...dalam hati ader taman...walaupun si AE nie bermisai tebal macam Dato K...tapi jiwa halus ler beb!!...kaset FAUZIAH LATIF...disitu ler detik pengenalan aku dengan AE....

Lepas tu masuk alam pekerjaan....

Seingat aku dia lah kawan kitaorang yang mula2 pakai kereta. Aku masih tu masih' easy rider' lagi...
Dimasa itu aku dan kawan2 lain masih bertatih dalam alam pekerjaan dan masih mencari halatuju dalam kehidupan, tapi AE sudah mengorak langkah dalam mencapai impian beliau melalui pembelian rumahnya yang pertama. Di masa itu , apa yang bermain difikiran aku, " boleh ker mamat nie nak bayar rumah , kereta lagi....hmmmm...nak belanja awek lagi...(kui!kui!kui!)awek@bini dia sekarang.....

Masa terus berlalu.....

Kitaorang menceburi pula dalam bidang saham....main saham secara" kontra" adalah pilihan dimasa itu. Hmmm...modal tak banyak....jadi tak banyak pilihan terpaksa main "kontra"....hmmmm untungnya rm100...terasa suka sangat..tapi bila rugi sampai rm400-rm500. Itulah asam garam kitaorang mula2 bermain saham.Pernah ambik MC dan duduk depan kaunter dari pagi sampai petang Untungnya sikit..ruginya banyak. Sehingga aku pencen dari bermain saham. Tapi AE masih meneruskan bermain. Kesilapan2 yang lalu mematangkan beliau dalam kancah permainan saham. ESOS dan beli mengikut musim (pilihanraya, chinese new year, hari raya puasa) play save:( beli masa orang tak beli...jual masa orang nak beli) , tip-tip dari sumber2 yang boleh dipercayai.....dan AE masih meneruskan perjalanan saham beliau.Dan sekarang aku telah kembali berkecimpung tapi aku beli cuma setahun sekali dan aku jual cuma setahun sekali.(hmmm...boleh buat e-book nie...macamaner nak untung bermain saham dengan jumlah yang banyak untuk sekali main dalam setahun)

Beli rumah pertamaku.......

Selalunya AE adalah tempat rujukanku ( bank info bergerak)kui!kui!kui!...bila aku menghadapi masalah berkaitan untuk pembelian rumahku yang pertama. Daripada hal lawyer sampai ler ke cukai pintu. (secara jujurnya : thank you)....
Kemudian aku berkesempatan membuat 'flipping" daripada rumah pertamaku yang dibeli di Bandar Bukit Raja untuk aku membeli rumah idamanku di Shah Alam. Rumahku sememangnya di tengah-tengah pusat bandar shah alam.dan waktu aku membelinya adalah 30% below market value. Banyak nasihat dan tunjuk ajar kuperolehi dari AE....(contoh: nak mintak diskaun dengan lawyer)

masih ingatkah prokata di bawah :

'kalau korang nak kena kencing dengan AE lu pergi ler seminar dia'...-mankuala.


hmmm.....itu ler kata-kata 2 tahun yang lalu dimana kata-kata itu umpama mawar jingga yang telah pudar warnanya kerana daripada seminar AE banyak memberi panduan kepada orang-orang baru untuk membeli rumah seperti aku mula-mula dahulu.


Sejujurnya perjalanan hidup AE yang mahu memertabatkan anak bangsa dalam bidang hartanah amat-amat aku sanjungi. Dan aku sebagai follower tegar mendoakan agar beliau dapat menonjolkan diri beliau sebaris Azizi Ali dan seangkatan dengannya. Bagi aku , Allah melihat apa yang kita niatkan dihati dalam kita melakukan kebaikan didunia ini.


mankuala:
                      hmmmm...dah pukul  10pm...mataku nie macam ader jam loceng..bila masuk kul 10   jer..dah mula nak layu....nie tengah nak perambat anak2 aku naik atas masuk tidur. Tapi maknyer tak leh ler tidur dulu. Malam nie kan ker malam "khamaat".









































Tiada ulasan:

Catat Ulasan