Halaman

Ahad, 9 Jun 2013

Apa nak buat kalau perut anak anda kembung perut?


Salam Para ibubapa sekalian ,


Mari berkongsi pengalaman bila mana anak kecil anda terkena kembung perut ?

Tambahan lagi untuk pasangan yang baru menimang cahayamata yang pertama dan apatah lagi bayi tersebut lelaki.
Aku juga tak terkecuali , anak sulongku adalah lelaki. Dan mengikut kata-kata orang tua , anak lelaki ni , senang kena kembung perut ? Betul ke mitos tersebut? Atau sekadar cerita nenek kebayan di zaman lampau dan diubah-ubah cerita dan akhirnya sampai kepada kita di era globasisasi ni.

Huh ? tak percayalah ! Mana boleh diterima akal.!....heheheh......

Mengikut pengalaman aku yang ramai anak sedara , bukan anak dara yer..anak dara aku baru umur 5 tahun!

Sememangnya budak-budak kecil , tak kira lelaki atau perempuan memang senang kena kembung perut. Tapi yang ketaranya memang kepada budak lelaki. Sebabnya , aku kurang arif le pulak.

Akan aku kongsikan pengalaman menangani anak yang kembung perut. Sememangnya anak lelaki sulongku memang kerap terkena kembung perut ni. Kadang-kadang selang sehari , tiap-tiap hari pun boleh kena.

Sampai aku phobia bila dia menangis , menangis sebab lapar susu atau kembung perut?
Yang tak tahannya bila dia melalak sampai satu blok boleh dengar. Perghh...tak tahan.

Seingat aku , aku cukup risau bila hujan turun , sebab bila hujan turun , cuaca akan menjadi sejuk . Dan 'comfirm' malam tu atau petang tu kena kembung perut. Bila suasana sejuk , anak lelaki ku mudah terkena kembung perut.
Jadi kami suami isteri dalam keadaan risau pergi ambil bayi di rumah baby sitter. Kebiasaannya bila pulang dan sampai rumah pasti melalak.

Tapi , sepengetahuan aku banyak faktor yang terlibat yang menyebabkan bayi boleh kena kembung perut :

    • Susu dah sejuk tapi di bagi minum jugak.
    • Lepas mandi terlupa letak minyak telon
    • Lepas mandi terlupa nak tuam kat perut dia
    • Bila bayi dalam keadaan sejuk. Contohnya bila selepas hujan.
    • Ibu -ibu yang menyusukan bayi , tapi makan tak reti nak pantang makanan yang berangin atau sejuk-sejuk.
Tuam ini adalah bungkusan yang dibungkuskan dengan biji lada hitam dan pusat yang telah jatuh semasa umur bayi 3-7 hari. Dan bungkusan ini di layurkan keatas api lilin atau pelita untuk kepanasan suam-suam kuku. Tujuan nya , apa bila bungkusan itu di tekankan ke arah perut bayi itu dengan semulajadinya segala angin dalam perut bayi itu akan keluar.  Hehehe...jangan pulak korang ingat bayi sendawa angin macam orang dewasa , biasanya dia akan kentut. Sendawa apabila bayi tu kenyang lepas minum susu.

Di awal bayi aku terkena kembung perut , panik jugak. Manalah nak tahu nak buat apa ? Sudahnya talipon sana. Talipon sini . Tanya macamana nak buat. Kakak ipar datang rumah. Nanti lepas tu kakak aku pulak yang jadi mangsa untuk aku paksa datang rumah untuk 'cool' kan bayi aku yang kena kembung perut.



Tapi secara perlahan-lahan aku dan isteri aku belajar. Dan aku kongsikan apa yang aku buat untuk hilangkan angin dalam perut bayi.

  1.  Pakai daun sireh
  2. Ayah mendakap bayi dengan keadaan perut ayah bersentuh kulit dengan perut bayi.
  3. Tuam di perut
  4. Bagi minum air panas tapi sedang-sedang panasnya. Nanti melecur pulak mulut bayi.
  5. Urut telapak kaki dan dibawah pelipat kaki.Bubuh minyak telon.(aku gunakan minyak telon sendayu tinggi-amat mujarab)

Besuk aku tunjukkan cara :

Macammana nak pakai daun sireh?
Macamana cara dakapan perut ayah dan bayi?
Urut kat mana?



Mankuala : Setiap kesilapan membawa kepada kematangan

stu peribahasa inggeris yang aku tak boleh lupa

"How to make the right decision? ......from the experience...".
"How to get the experience ?....from the wrong decision...."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan