Halaman

Khamis, 10 Oktober 2013

Gerek a.k.a. Basikal "thinking Outside Of the Box"

Gerek  a.k.a Basikal “thinking Out side Of the Box”

 

 

Basikal Kasut Sport

Agak canggih dan bergaya ‘ basikal kasut’ ni. Agak-agak kalau korang lumba dengan M.Kumarasen , korang boleh menang tak ?

Sendiri mau ingat ler …..hehehe

 

Basikal Jamban Bergerak!!

 Ni kalau tengah ‘speed’ nak masuk sekolah takut terlewat. Yer ler cik gu disiplin dah tunggu depan pagar sekolah. Siap dengan rotan dan buku rekod pelajar. Perut pulak asyik memulas nak melepas hajat. Alih-alih jam kat tangan 7.40am ..sekolah tutup 7.45am. Nak berenti kat surau atau bilik air mana nak sempat. Jadi untuk sesiapa yang perut pagi-pagi suka buat hal…dapatkan edisi basikal terbaru….sila pm saya yer….ex-stock banyak kat rumah…theee..tapi korang kena pasang sendiri kat basikal korang ler?

 

Basikal Sakit Pingang

 

Ni basikal ni kalau korang bawak ..tobat berlipat urat belikat kat belakang tu..silap-silap boleh kena ‘slip disc’……Mat saleh ni kalau cakap bab safety….dia lah yang paling menjaga safety…kununnya….tapi bab-bab innovative ni tak pula ada safetynyer…heheh just my 2 cent idea!!

Basikal Supermarket.

Aku ingat nak modified ler basikal ‘lori’ tok wan aku kat kampong jadi macam basikal ni. Ambil satu troli kat supermarket lepas tu bawak pergi kedai welding. Suruh welder tu welding troli dengan basikal ‘lori’ tok wan aku. Huh!!! Baru nampak elegan gitu…

 

Basikal Todi

Korang biasa tak dengan istilah ‘todi’ ni?

Kalau dulu-dulu kedai arak tak dipanggil kedai arak macam sekarang nie dah ada nama komersial : Tiger , Guniess , dan seangkatan dengannya. Kalau dulu-dulu masa aku kecil-kecil , asal kedai arak jer kitaorang panggil kedai ‘todi’. Dan mak babak cukup larang anak-anak mendekati kedai tersebut. Sebab mamat-mamt yang layan arak kat kedai todi ni ..arak jens  murah..jadi kalau dia mabuk dah macam lembu jantan kat Itali tu. Menonong tak tentu pasal.Jadi takut diaoarng ni mencederakan budak-budak dengan tak tentu pasal…iyer let orang mabuk!!

 

 

 

 

 

 

Basikal Kusyen.

Dia ni mesti rembat isteri dia punya bantal kusyen. Lepas tu ditanggalnya roda basikal anak dia. Then , pasang pulak dengan bantal kusyen wife dia. Tapi kat tepi bantal tu tambahkan sikit dengan frame gambar untuk nampak empat segi supaya boleh kayuh. Sebab kau bantal kusyen jer lembut , macamana nak kayuh kan?

Basikal Sidai Baju

Haha…..ini memang menarik…kalau agak2…penyidai baju tu dah nak rosak…modifiedkan jer jadi basikal…pastu boleh jual dalam mudah.com.my….kiranya barang rare ni….sapa nak boleh bid…

Masuk dalam e-bay pun okey…

Mankuala : aku rasa nak buat  basikal convert jadi tomato…boleh ker?

 

Ahad, 6 Oktober 2013

Design Kereta Yang Tak Boleh Nak Blahh!!

 

Design Kereta Yang Tak Boleh Nak Blahh!!!!

 

 

 

Kereta Dr.GIGI….

Kereta ni kalau letak depan Klinik gigi bagus untuk tarik customer. Selain daripada boleh dibawa ke mana-mana di waktu bersiar. Dan pasti selalulah beruskan gigi kereta nie. Jangan sampai Nampak Kuning!!!..sebab ia akan mewakili tuan punya kereta yang juga tak suka gosok gigi..tehehe..heheh.

 

 

Kereta Hot Dog bergerak…

Hayooo…hayoo…yoo…ni  kalau nampak di abang polisi atau abang JPJ..kena saman bangat nih!!

Tapi kalau bulan puasa jangan harus lalu-lalang di kawasan Bandar. Ada juga kereta ni nanti tinggal separuh!!

 

 

 

 

Kereta Ikan Pirahna!

Kereta ni kena parking kat tepi kolam ikan. Objektifnya supaya maling-maling tak berani nak cilok ikan dalam kolam tuh..Seeloknya buat color sama macam ikan piranha.

 

Kereta 2 in 1. Motorboat dalam kereta

Pergghh….macam cerita James bond 007. Ni kalau musim tengkujuh , waktu banjir. Taka der la kereta kena ‘overhaul’….

 

 

 

 

Kereta Kasino Las Vegas.

Mamat ni mestilah baru lepas menang Jackpot ni.Duit tak buat apa..pas tu modified kereta jadi macam tempat berjudi..aku tak tau tempat main ni panggil apa. Aku rasa yang baling biji guli..lepas tu berpusing and then bila pusingan berhenti , biji guli tu pun berhenti dekat number yang tertera. So sesapa yang beating kat number tu ..kiranya dia menang ler…aku tenguk kat TV jer..

 

Kereta Kucing Giant.

Hahahha….minat budak-budakj nak naik kereta ni. Ini kalau anak pompuan aku yang 5 tahun nampak tobat dia paksa aku naik dengan dia sekali. Tapi kiranya owner kereta ini agak kreatif. Dan kalau korang nampak kereta ni kat Malaysia….jangan ler bawak anak pompuan korang…theeee…

 

 

 

 

Kereta Kaki Lipan.

Mak aii…panjang nya kereta. Ini kereta ker

keretapi? Ni kalau nak pergi mengantor orang kahwin , tak payah guna bas , sewa jer kereta nie. Nampak grand tuhh!!

 


Kereta Pig a.k.a ba**

Ni lagi kereta yang tak boleh blahnyer. Tenguk serombong kapal dia….tuuu diaa…dah macam muncung meriam. Telinga dah macam telinga gajah..

 

Kereta lori minyak tahun 2040.

Sekali imbas macm kereta ? tapi dua kali tenguk kat bahagian bontotnya macam lori minyak Shell. So aku berpendapat lori minyak Shell yang telah di modifiedkan Nampak macam MPV futuristic.

 

 

Kereta Sniper

Kereta yang kelihatan seper kereta pengendap..agak muskil untuk askar atau untuk para pengendap upahan

 

 

Mankuala : aku Cuma mempunyai sebuah kereta yang sekadar boleh membawa keluargaku bergerak.Lebih baik ada dari tiada…

                   Scroll ke bawah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cuma kereta jenis jer yang aku ada.

                       

 

Jumaat, 4 Oktober 2013

Ikan-ikan Bombastic!!!

 

Ikan-ikan bombastic!!!

 

Salam dari mankuala…

Selalu masa aku kecil-kecil dulu..aku selalu ikut mak aku pergi pasar.Jadi dah biasalah dengan bau udang , ikan , sotong dan seanika barangan di pasar ni.

Sehingga umur aku darjah 6 , aku dah pergi pasar sorang-sorang. Mak aku bagi list lauk dengan sayur dan kemudian kayuh basikal pergi ke pekan Kuala Kangsar.

Biasanya aku beli ikan ytang senang-senang contoh sekati ikan termenung  ( kalau diselangor di panggil ikan kembung) , ikan keli , ikan bawal. Tapi kalau ikan sungai macam ikan lampam ..mak aku kena turun padang ler. Kalau aku yang turun , alamatnya makan ikan busuk ler jawabnya.

Untuk hari ni mari kita usha ikan-ikan yang bombastic yang ada di dunia ini.

Ikan anak ayam.

Macam rupa anak ayam kan?

 

Ikan ‘angry’ bird.

HoHOho….comel nyezzz

Ikan gigi harimau.

Ini kalau ikan macam ni jual kat pasar atau tersangkut kat jala aku…tobat aku langkah seribu….

Ikan gremlins

Siapa pernah tenguk cerita Gremlins. Amat-amat popular cerita ini di era 90 an.

Nanti korang tenguk cerita dia kat Youtube. Masa tu kira satu cerita fantasi yang best sangat!

 

Ikan mulut sotong

Sebab apa aku bagi namanya ikan mulut sotong? Cuba korang tengukhujung  mulut ikan tersebut. Macam badan sotong kan?

 

Ikan Muka Orang

Ni lagi rupa ikan yang bombastic. Muka ikan itu seperti muka orang dalam filem. Macam cerita Return Of Jedi ..sequel Star Wars..

 

 

Ikan suka senyum.

Hahaheheh hiiii….tenguk muka ikan ni pun terasa unsur-unsur kelakar.

Antara jenis-jenis ikan yang terdapat dalam gambar ini. Ikan suka senyum nie boleh menang award.

Tapi ikan ni fail satu jer. Hmmm tak gosok gigi. Gigi kuning!!!

 

Ikan tapak Selipar Jepun

Wahh..sesuatu yang menakjubkan! Ada bekas tapak kasut kat badan ikan ini.

 

Khamis, 3 Oktober 2013

Pokok-pokok ajaib!!

 

Gambar Pokok-Pokok Yang Ajaib.

 

 

Hoho…batang pokok boleh buat macam igloo….macam kat eskimo. Besar gedabak!

 

 

Yang ini agak sensor sikit yer……

 

 

Sekali pandang macam binatang “ewoks” dalam cerita Star Wars..

 

 

Ini macam photoshop jer……tapi sekali imbas memang pokok ini ader Cuma di ubah suai sedikit.

Macam dalam cerita snow white…..

 

 

 

Agak menyeramkan….rasanya dalam cerita lakonan Jakie Chan adalah satu slot filem yang menayangkan tempat ini…cerita apa yer? Isskk..aku dah lupa..ler..

 

 

 

Wah!! Canggih gitu…ini orang tebuk pokok . Lepas tu buat jalan tar melaluinya. Innovatif!!

Kalau kat Malaysia , mungkin boleh pakai buluh lemang dan di buatkan lubang ditengah-tengahnya…..kreatif!!  hehheh..idea setongkol!

 

 

Indah dan takjubnya kejadian Allah…bukan pokok ini sahaja segala-galanya didalam dunia ini.

 

 

Mankuala: selau lepak atas pokok petai masa dikampung….sayup diatas dibuai angin yang sepoi-sepoi bahasa..huhuh