Halaman

Khamis, 10 Oktober 2013

Gerek a.k.a. Basikal "thinking Outside Of the Box"

Gerek  a.k.a Basikal “thinking Out side Of the Box”

 

 

Basikal Kasut Sport

Agak canggih dan bergaya ‘ basikal kasut’ ni. Agak-agak kalau korang lumba dengan M.Kumarasen , korang boleh menang tak ?

Sendiri mau ingat ler …..hehehe

 

Basikal Jamban Bergerak!!

 Ni kalau tengah ‘speed’ nak masuk sekolah takut terlewat. Yer ler cik gu disiplin dah tunggu depan pagar sekolah. Siap dengan rotan dan buku rekod pelajar. Perut pulak asyik memulas nak melepas hajat. Alih-alih jam kat tangan 7.40am ..sekolah tutup 7.45am. Nak berenti kat surau atau bilik air mana nak sempat. Jadi untuk sesiapa yang perut pagi-pagi suka buat hal…dapatkan edisi basikal terbaru….sila pm saya yer….ex-stock banyak kat rumah…theee..tapi korang kena pasang sendiri kat basikal korang ler?

 

Basikal Sakit Pingang

 

Ni basikal ni kalau korang bawak ..tobat berlipat urat belikat kat belakang tu..silap-silap boleh kena ‘slip disc’……Mat saleh ni kalau cakap bab safety….dia lah yang paling menjaga safety…kununnya….tapi bab-bab innovative ni tak pula ada safetynyer…heheh just my 2 cent idea!!

Basikal Supermarket.

Aku ingat nak modified ler basikal ‘lori’ tok wan aku kat kampong jadi macam basikal ni. Ambil satu troli kat supermarket lepas tu bawak pergi kedai welding. Suruh welder tu welding troli dengan basikal ‘lori’ tok wan aku. Huh!!! Baru nampak elegan gitu…

 

Basikal Todi

Korang biasa tak dengan istilah ‘todi’ ni?

Kalau dulu-dulu kedai arak tak dipanggil kedai arak macam sekarang nie dah ada nama komersial : Tiger , Guniess , dan seangkatan dengannya. Kalau dulu-dulu masa aku kecil-kecil , asal kedai arak jer kitaorang panggil kedai ‘todi’. Dan mak babak cukup larang anak-anak mendekati kedai tersebut. Sebab mamat-mamt yang layan arak kat kedai todi ni ..arak jens  murah..jadi kalau dia mabuk dah macam lembu jantan kat Itali tu. Menonong tak tentu pasal.Jadi takut diaoarng ni mencederakan budak-budak dengan tak tentu pasal…iyer let orang mabuk!!

 

 

 

 

 

 

Basikal Kusyen.

Dia ni mesti rembat isteri dia punya bantal kusyen. Lepas tu ditanggalnya roda basikal anak dia. Then , pasang pulak dengan bantal kusyen wife dia. Tapi kat tepi bantal tu tambahkan sikit dengan frame gambar untuk nampak empat segi supaya boleh kayuh. Sebab kau bantal kusyen jer lembut , macamana nak kayuh kan?

Basikal Sidai Baju

Haha…..ini memang menarik…kalau agak2…penyidai baju tu dah nak rosak…modifiedkan jer jadi basikal…pastu boleh jual dalam mudah.com.my….kiranya barang rare ni….sapa nak boleh bid…

Masuk dalam e-bay pun okey…

Mankuala : aku rasa nak buat  basikal convert jadi tomato…boleh ker?

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan