Halaman

Ahad, 2 Jun 2013

mankuala reborn

Asalamualaikum , semua....

Telah lama di tinggalkan dunia blog ini. Duduk termenung dalam setahun ini mencari trade mark untuk di ketengahkan , mencari identiti tersendiri agar mankuala life bukan sekadar blog melepaskan batuk di tangga. Ilham ditunggu , idea diterokai , buku-buku diterjah untuk menjadi seorang blogger yang berilmu.

Telah lama aku berkepingin menjadi seperti blogger yang lain yang mempunyai ramai teman di alam maya ini. Tapi cara aku adalah mencari objektif dan halatuju dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan supaya perjalanan perjuanganku tidak menjadi separuh jalan.

Banyak blog yang popular aku terjah untuk mencari apa keistimewaan blogger tersebut sehingga ramai orang melawatnya.

Aku juga mencari inspirasi supaya blog " Man Kuala " ini bukan sekadar blog untuk luahan perasaan. Tetapi blog yang menjadi tempat berkongsi ilmu dan pendapat...

Blog aku ini adalah tempat para ibu-bapa untuk berkongsi masalah anak-nak masa kini. Blog untuk berkongsi idea untuk mendidik anak-anak generasi yang berdepan dengan pelbagai pancaroba.

Blog yang berkongsi kejayaan anak-anak dalam mengharungi dunia pendidikan yang tak bersempadan.




Mankuala : Sekadar mukadimah untuk permulaan yang diharapkan tiada berpenghujungnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan