Halaman

Selasa, 10 September 2013

Menyelami Masalah Anak-Anak Bila Menghadapi Kesukaran Di Sekolah

 

Menyelami masalah anak-anak bila menghadapi kesukaran di sekolah.

Anak menangis yang perlukan perhatian ibubapa

 

Salam semua di pagi hari nan indah ini. Suasana hujan yang renyai-renyai. Di tambahkan pula dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan mata bagai dilayurkan untuk beradu dipersada tilam yang empuk.

Memang mengantuk sungguh hari ini.  Hari ini hari jadi aku. Semalam bini dengan anak aku buat surprise. Hehehe…aku dah jangkakan …saja buat-buat surprise..nanti bini aku kecil hati. Yer la…nanti kalau aku tak nampak terkejut...nanti puan mak akan merajuk pulak. Nanti susah nak bermanja…maklumlah birthday boy!!!Boy ker?….humm…muka aku nampak boyish tak?  *mode* perasan tahap gaban!!

Topik aku pagi agak klise sikit tapi nak menanganinya bukan mudah.  Kalau zaman ibubapa dulu-dulu cara paksaan adalah yang terbaik digunakan dalam menangani anak-anak.

Tetapi setelah kita menyelami dan mendalami ilmu-ilmu yang dibaca dan diterokai , cara sebegitu bukanlah yang terbaik. Tetapi!!! Tetapi!! Dalam keadaan-keadaan tertentu cara kuasa 'Veto' sebagai seorang ayah akan aku gunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi!

 

Topik aku adalah berkisar tentang anak gadis aku yang berusia 5 tahun. Walaupun berumur 5 tahun dalam banyak keadaan yang melanda aku suka menggunakan cara psikologi dan suka menyelesaikan masalah dengan cara diplomasi. Kalau menjawab soalan yang dilontarkan , aku suka membalas dengan jawapan berbentuk contoh atau kata lain aku tak menjawab terus tapi menunjukkan jalan untuk anak gadis aku menjawab soalan yang di tanya.

 

Soalan-soalan anak-anak sekarang yang menguji minda.

Seminggu yang lepas anak dara aku ini memberi pelbagai alasan untuk tidak hendak kesekolah. Senjatanya airmata.!!

Setelah aku selidiki dan aku bertanya , terkeluarlah akan kerisauan yang melanda hati nuraninya.

Di tadikanya , ada matapelajaran jawi . Jadi , ustazahnya akan minta murid-murid berdiri untuk menjawab soalan yang ditanya.  Jadi anak dara aku ni tak menguasai matapelajaran jawi dengan baik. Sudahnya dia akan berdiri sehingga matapelajaran jawi itu tamat. Itu lah kesahnya yang menyebabkan anak aku ini tak nak pergi ke tadika.

Dan ustazahnya adalah guru nombor 2 garang selepas pengetua dia. Tapi sememangnya guru perlu ada 'aura' yang membolehkan anak murid memberi perhatian semasa megajar.

Kalau guru tak garang , murid-murid kan ke suka belajar sambil lewa? Ambil contoh masa kita zaman sekolah dulu cukup lah. Kalau guru yang mengajar itu adalah guru disiplin. Pergghhh……duduk kat kerusi tu macam ada gam UHU ler…melekat!!!

 

 

 

 

Alternatifnya sepanjang minggu lepas aku bagi intensif training agar dia dapat menguasai huruf-huruf jawi . Aku balik kerja dan malamnya mengajar anak dara aku menghafal huruf jawinya. Sabtu ahad pun aku kena overtime mengajar dia.

Muka penat …..

 

Tapi yang pasti tanggungjawab sebagai parent untuk memberi bantuan yang sedaya mungkin agar dapat menghilangkan kerisauan yang bersarang di hati anak-anak.

 

Pagi tadi anak dara aku buat hal lagi , tak nak pergi sekolah! Alasan dia ….dia selalu lupa bila ustazah tanya soalan. Tapi yang sebenarnya dia 'nervous' ..so apa yang ada kat dalam kepala dia hilang…anyway itu adalah pengalaman persekolahan yang perlu di tempuh.

Jadi aku jumpa guru kelasnya dan berbincang pagi tadi dan akhirnya guru kelasnya suruh aku cari buku kerja yang mereka gunakan kat tadika dan minta aku ajarkan kat rumah supaya anak dara aku lebih bersedia.  Huummm….

 

Keemudian sambil aku bawak kereta ke ofis aku berfikir , sebab semua manusia yang bersekolah mempunyai pengalaman yang berasingan. Akupun pernah kena pulas telinga pasal tahu eja jawi..masa sekolah dulu.. Tapi lepas tu..balik sekolah aku paksa babak aku ajar jawi siang dan malam sampai aku mahir. Sekarang kena kat anak dara aku. Aku pulak kena paksa dengan dia untuk ajar siang dan malam..theee..thee..

So setiap peristiwa itu ada pengulangannya kan? Kan?

 

ManKuala : Kalau aku bukak kelas belajar jawi kat anak-anak korang ndak tak? Hmmm apa kata sebulan rm5…..chhee….murahnya!!!

1 ulasan: