Halaman

Isnin, 2 April 2012

Berfikir ...& berjiwa besar

SeDari dulu aku ada memasang angan-angan untuk mempunyai syarikat sendiri dan mempunyai beberapa pekerja. Kiranya aku jadi bos ler.....aku tak suka kalau jadi bos di agensi kerajaan atau swasta ..sebabnya aku masih lagi kena report kat orang atasan..even kalau aku jadi CEO sekalipun aku masih kena report kat Board of director...

Al-kisahnya dulu aku pernah berhenti kerja untuk mencapai cita2 aku sebagai bussinessman. Aku terlibat dalam bidang printing dan supply barang2 makmal. Masa tu jiwa aku berkobar2 untuk berjaya.Masa tu aku baru kahwin.Aku berhenti kerja tanpa perancangan yang mantap. Aku terburu-buru dalam mengejar impian aku tanpa merujuk dari otai2 perniagaan...tambahan lagi aku tak suka membaca.Aku tak buat research.. Aku pakai terjun saja..Aku juga buat kerja runner.Aku cari job dan sub pada company lain.Sebabnya aku tak mempunyai kepakaran dalam job yang aku dapat.Kiranya makan "atas angin".

Tapi bila kita menjalani biz yang kita tak pakar, kita tak mempunyai ilmu yang mencukupi...kebarangkalian kita akan 'GAGAL' adalah tinggi...
So at last, aku gagal dalam biz aku yang pertama ni...sebabnya payment lambat dapat aku tak leh nak rolling. Keduanya aku joint ngan member aku supply barang chemical kat satu company yang agak besar gak..pun payment lambat. Duit aku tersangkut...

Setahun gak aku sasau....menyesali kenapa aku boleh terjebak dalam dunia biz nie....kalau aku kerja macam biasa kan ker okey. duit tak habis...life tak menyesakkan kepala....

Selepas tu aku dapat kerja kat tempat aku kerja sekarang...aku cuba stabilkan life. Aku beli rumah..aku buka kebun kat kampung...settlekan hutang2 personal loan.Alhamdullilah kehidupan kembali stabil selepas 8 tahun.

Tahun 2012 ni adalah tahun untuk aku berkecimpung kembali dalam impian aku yang tak tercapai semenjak 8 tahun yang lalu. Tapi kali nie aku akan baca sebanyak buku yang boleh ....menimba ilmu perniagaan semampu yang boleh....meminta nasihat dari otai2 yang telah berjaya....

Dalam aku mencari kekuatan untuk memotivasikan diri....aku terjumpa buku yang akan merubah kehidupan aku pada kali ini. Buku yang aku cari2 selama ini untuk dijadikan petunjuk , membakar semangat, memimpin aku dalam membuat keputusan.Dimana selama ini aku 'fobia' untuk membuat keputusan disebabkan kegagalan aku membuat keputusan yang baik pada masa lalu menyebabkan perniagaan aku gukung tikar....

buku apa  kita tunggu entri esuk.....


mankuala: dalam hidup kita mencari2 satu 'incident' atau satu 'magic' yang menyebabkan kita berubah menuju ke hadapan.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan