Halaman

Selasa, 3 April 2012

Think Big!!

Buku yang member aku suggest suruh baca 3 tahun yang lalu..


Salam semua,

Inilah buku yang aku cakap mempunyai 'magic'....(tapi semuanya  atas keizinanNYA...kalau DIA tak izinkan w/pun kita usaha bak menggunung...keringat yang ditaburkan bak tsunamipun tak akan menjadi..harus diingat tu)
Member aku yang baca buku nie...telah mengorak langkah...menjadi usahawan yang berjaya...
pendek kata dah jadi  trijutawan..sebab kalau ada duit sejuta panggil jutawan ...tapi kalau campur cash ngan aset mencecah 3 juta nak panggil apa?...jadi trijutawan...

Secara ringkasnya...buku ini menggerakkan minda korang untuk menjadi positif.Banyak sikap aku yang negatif dapat dirungkaikan melalui pembacaaan buku ini.

Banyak sikap2 negatif yang terdapat dalam diri kita tanpa kita sedari. Sikap ini yang membuat kita liat untuk maju ke hadapan.Sikap ini yang menyebabkan kita takut untuk membuat keputusan. dan banyak sikap2 negatif kita yang menyekat diri kita daripada bertindak....tapi hanya menunggu nasib yang bertuah untuk kita berjaya!

Intipati dari buku ini mengulas agar kita mengharungi perjalanan hidup kita dengan jalan yang betul. Maksudnya perkara yang kita buat itu mesti selaras dengan jiwa kita. Sekiranya tidak..pasti perasaan bersalah menghantui hidup kita. Melakukan perkara yang betul adalah prinsip kejayaan yang praktikal.

Kita diajar untuk berfikiran secara kreatif. Dan dapat menjana idea yang kreatif untuk menjana wang!!!

Aku suka salah satu ayat dalam buku ni , penulis " Begini, kejayaan dalam perniagaan tidak terletak pada tahap pengetahuan kita semasa kita mula berniaga. Apa yang penting adalah ilmu yang kita perolehi dan gunakan selepas kita mula berniaga"

Jadi kesimpulannya kejayaan seorang ahli perniagaan adalah bagaimana kreatifnya seorang usahawan menyelesaikan masalah dan cabaran yang mendatang semasa mengharungi perniagaannya. Itulah istilah kejayaan bilamana dia dapat mengharungi masalah tersebut.

Idea yang yang tersingkap daipada minda kita perlu direalisasikan dan barulah masalah2 akan timbul.dalam kita mengharungi masalah2 itu menjadikan kita matang dalam perniagaan yang kita jalankan. Sebabnya akal/otak kita akan menjadi kreatif utuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi agar perniagaan kita dapat diteruskan...

buku ini juga menerapkan sikap2 yang perlu kita amalkan untuk menjadi seorang ahli perniagaan, pekerja yang menjadi aset kepada company....dan juga sebagai seorang manager yang dapat mengawal anak2 buahnya secara psikologi....


mankuala: apa2 pun segalanya dari ALLAH.kita berusaha sedaya yang mampu dan bertawakal...jangan ambil 100% daripada isi kandungannya sebab penulis bukan beragama islam. Jadi ada beberapa perkara perlu ditapis supaya kita tak termasuk dalam golongan orang takkabur , ujub ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan